ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Archive for March, 2013

Inovasi Beras Optik BVita: Bukti Kreativiti Bukan Disebabkan Ijazah atau Gelaran Profesor

Posted by kurator on March 29, 2013

 

Makanan berasaskan isi ikan, ayam, jagung dan sayur-sayuran siap dimasak dalam masa lima minit

Makanan berasaskan isi ikan, ayam, jagung dan sayur-sayuran siap dimasak dalam masa lima minit

 

MALAYSIA sememangnya diketahui kaya hasil berasnya yang bertumpu di utara tanah air biar pun hakikatnya ia terbukti tidak cukup bagi menampung keperluan rakyat tempatan. Namun kini, sekurang-kurangnya ada pilihan lain iaitu beras optik atau gentian yang dihasilkan anak tempatan.

Lebih istimewa lagi, beras ‘tiruan’ hasil campuran bahan mentah seperti isi ikan, ayam, jagung, sayur-sayuran dan ubi kentang itu turut meraih minat Suruhanjaya Tinggi Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian (UNHCR) yang mahu menjadikannya bekalan bagi menampung keperluan penduduk dunia yang berdepan masalah kekurangan makanan.

Minat badan dunia itu sudah pasti memberi kepuasan tersendiri bagi pencipta beras dan mesin pengeluarnya, Wan Abu Bakar Wan Omar, 32, yang berasal dari Kelantan. Siapa sangka bapa dua anak ini mampu tampil dengan idea menghasilkan beras dikenali BVita Asas itu apatah lagi latar belakangnya bukanlah graduan bidang kejuruteraan mahu pun sains.

Namun berkat kegigihannya berbekalkan idea logik, semangat, titik peluh serta sokongan pihak berkaitan yang sudi membantu, mampu merealisasikan impian yang terpendam sejak sekian lamanya.

Menariknya, rasa BVita Asas yang dihasilkan menggunakan mesin ciptaan Wan Abu Bakar sendiri menerusi syarikatnya, WAB Warnasari Mekar Ent (M) Sdn Bhd (WAB Warnasari), tiada bezanya dengan beras biasa, malah lebih lembut. Dengan ciri fizikalnya persis beras biasa, beras optik ini juga siap dimasak seawal lima minit. Ia juga boleh dinikmati dengan ditambah air panas – sekali gus menjadikannya sesuai bagi kegunaan anggota tentera dan polis yang bertugas selain pihak hospital.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Inspirasi, Cerita Kritis, Cerita Usahawan | Leave a Comment »

Insan Berhati Mulia: Pak Mie & Binatang Liar Yang Diabaikan

Posted by kurator on March 25, 2013

Sabda Rasulullah SAW:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Kehausan hampir membunuh anjing itu.

Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”

(Riwayat al-Bukhari)

Posted in Cerita Aneh, Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi | Leave a Comment »

Ignorance Is A Bliss

Posted by kurator on March 23, 2013

download (3)

 

Mutiara Hikmah:

– Manusia yang paling tak bahagia dalam dunia ini ialah manusia yang terlalu memikirkan pandangan orang lain terhadapnya.

–  Siapa yang selalu melihat orang, tak akan nampak dirinya

–  Siapa yang selalu melihat diri sendiri, tak akan nampak orang lain

– Ramai orang yang tidak tenang hidupnya kerana terlalu sibuk berusaha menjaga penampilan dirinya di kalangan manusia

Don’t spend your money on something you don’t like in order to please someone  you don’t like

 

Posted in Cerita Bisu, Cerita Dakwah | Leave a Comment »

Dah besar nanti nak jadi apa? Ke Mana Halatuju Selepas SPM? Kerjaya apa yang sesuai untuk saya?

Posted by kurator on March 23, 2013

pening-kepala

Seringkali para remaja tertanya-tanya ke mana hala tujuan mereka selepas SPM? Aliran apa yang perlu mereka ambil? Universiti mana yang paling sesuai? Perlukah ke luar negara? Perlukah mencari biasiswa? Perlukah isu ini saya fikirkan atau saya biarkan sahaja ibu bapa, kawan-kawan atau nasib menentukan ke manakah arah tujuan hidup saya?

Ramai yang sebenarnya mengabaikan kepentingan tentang berfikir dan memilih jurusan/aliran yang sesuai.  Ini kerana, kita mungkin tidak sedar tentang kemungkinan yang kita akan bergelumang dalam kerjaya/ profesion kita buat masa yang lama atau  hingga ke akhir hayat. Jadi, tidak wajar bagi kita membiarkan orang lain menentukan masa depan kita.

Untuk nasihat dan pedoman dalam memilih aliran yang sesuai selepas meninggalkan bangku sekolah, terdapat banyak aspek yang perlu diambil kira. Maka fikir-fikirkanlah tip-tip berikut:

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Dakwah, Cerita dalam Rencana, Cerita Inspirasi, Cerita Kritis, Cerita Pengetahuan Am | 3 Comments »

Celik Mata, Reset Minda GURU bersama Prof Dr Muhaya

Posted by kurator on March 13, 2013

 

Mutiara Hikmah:

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Kritis | Leave a Comment »

Perpaduan Bani Melayu

Posted by kurator on March 9, 2013

Sejak akhir-akhir ini, seruan untuk umat melayu bersatu dan mewujudkan perpaduan yang utuh acap kali dilaung-laungkan.

Tapi, perpaduan yang bagaimanakah yang perlu kita laksanakan?

Firman Allah SWT:

“Dan berpegang teguhlah kamu sekalian dengan tali Allah(agama Islam) dan janganlah kamu bercerai-berai”                                                       (Ali-Imran: 103)

166666

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Dakwah, Cerita Kritis | Leave a Comment »

Peristiwa-Peristiwa Konspirasi Politik di Malaysia

Posted by kurator on March 3, 2013

Di dalam dunia ini, terdapat pelbagai peristiwa yang berlaku yang sukar untuk dijelaskan apakah motif kejadiannya, siapakah yang perancang utama, siapakah pula yang mendapat manfaat (qui bono?) hasil daripada peristiwa tersebut.

Sebagai contoh, peristiwa Serangan Pearl Harbour, Pembunuhan Abraham Lincoln/ John F. Kennedy/ Malcolm X/ Martin Luther King / Lady Diana, Tragedi Holocaust, Pengeboman Pesawat Pan Am 103, Serangan Pesawat 9/11, Perang Amerika ke atas Afghanistan dan Iraq, Penyebaran Penyakit HIV/AIDS/Influenza sebagai Biological Weapons dan banyak lagi merupakan peristiwa yang gagal dijelaskan serta masih lagi menimbulkan teka-teki. Apatah lagi, peristiwa-peristiwa ini dimanipulasikan oleh media dan pihak berkuasa untuk mengawal minda masyarakat serta menimbulkan rasa takut dan terancam malahan mendapat keuntungan hasil daripada peristiwa-peristiwa tersebut.

Di Malaysia juga terdapat kejadian-kejadian yang menimbulkan banyak persoalan sehingga kita tertanya-tanya adakah ini merupakan suatu konspirasi politik yang dirancang oleh pihak-pihak tertentu demi mengaut laba keuntungan walaupun terpaksa menyebabkan nyawa terkorban:

1. Serangan Rumah Pasong Bukit Kepong

bm110908mat_indera Peristiwa yang berlaku tanggal 23 Februari 1950 ini seringkali diangkat sebagai peristiwa membangkitkan patriotisme rakyat serta menjadi alasan menanamkan kebencian rakyat terhadap komunism. Hakikatnya, pada waktu itu, polis-polis Tanah Melayu berkhidmat dan menumpahkan taat setia kepada kerajaan British dan Queen Elizabeth (sebagaimana dinukilkan SN Usman Awang malalui pengalamannya sebagai mata-mata dalam novel Tulang-Tulang Berserakan). Pihak Polis hanya mendapat gelaran DiRaja pada tahun 1958.

Rumah Pasong Bukit Kepong pula merupakan gudang senjata penjajah British di selatan Tanah Melayu. Ketua Balainya, Raymond Dancey, merupakan pegawai British yang pernah berkhidmat di bawah British Mandate for Palestine yang membentuk negara haram Israel dan membunuh rakyat Palestine pada 1948 bersama-sama Sir Henry Gurney.

Ustaz Mat Indera yang mengetuai serangan ini merupakan seorang guru agama di Parit Setongkat, Muar. Beliau seorang hafiz al-quran, gemar bernasyid, berkasidah dan berzanji. Antara gurunya Kiayi Haji Fazil Bentan yang menjadi salah seorang  penasihat DYMM Sultan Ibrahim. Beliau dikurniakan butang perak oleh Istana Johor kerana pencapaian cemerlangnya dalam peperiksaan Darjah Khas untuk guru-guru agama Johor.

Mat Indera juga pernah dipenjarakan kerana membela kepentingan kaum buruh. Beliau melibatkan diri  dalam politik dengan tujuan memerdekakan tahahair daripada penjajahan inggeris dan  menjadi ahli sayap pemuda Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang dipimpin Dr Burhanuddin Al-Helmy dan Ishak Haji Mohammad, dikenali sebagai Angkatan Pemuda Insaf (API).

Kerana tentangan berterusan oleh golongan Pembebasan Rakyat Malaya (KMM, PKMM, PKM, API, AWAS dan Hisbul Muslimin) , British terpaksa mengisytiharkan darurat pada 1948 dan kesemua parti politik diharamkan kecuali parti politik yang mesra dengan penjajah British. Kemuncak ancaman (1948-1960) memaksa British membawa dan melatih 500,000 tentera dari Ghana, Kenya, Fiji, Nepal dan  anak tempatan sebagai polis upahan.

Serangan ke atas Rumah Pasong ini ditujukan untuk menumpaskan Raymond Dancey, malangnya Raymond Dancey tidak berada di Bukit Kepong sewaktu peristiwa itu berlaku. Sebaliknya serangan terhadap Rumah Pasung terpaksa dilancarkan kerana pihak polis enggan menyerah diri dan membuang senjata walaupun berkali-kali diminta oleh Mat Indera. Pertempuran meletus kerana Mata-Mata Jaffar bin Hassan mencabar dan menembak seorang anggota komunis yang sedang memotong kawat duri.

Ustaz Mat Indera mencuba pelbagai cara untuk meminta pihak polis menyerah seperti meminta isteri-isteri polis iaitu Mariam dan Fatimah Yaaba untuk memujuk pihak polis menyerah. Malangnya, polis enggan menyerah dan meneruskan penentangan sehinggalah akhirnya 17 orang anggota polis dan hampir 40 orang komunis telah terkorban.

Pihak British berjaya memanipulasikan peristiwa ini sepenuhnya  untuk menyemarakkan kebencian rakyat terhadap komunis dan menekan perjuangan Pembebasan Rakyat Malaya. Walau bagaimapun, buku Pengukir Nama Johor terbitan Yayasan Warisan Johor mengangkat Ustaz Mat Indera sebagai seorang pejuang.

Yang menjadi persoalan: Adakah pihak British awal-awal lagi telah sedia maklum bahawa serangan ini akan berlaku lalu Raymond Dancey mengambil keputusan untuk keluar dari Bukit Kepong? Mengapa Rumah Pasong ini dijadikan lokasi gudang simpanan senjata sedangkan kedudukannya terpencil & mengalami kesukaran sistem perhubungan? Ke manakah hilangnya askar-askar upahan dari Ghana dan Fiji yang sering mengganggu penduduk kampung sewaktu serangan itu? Mengapa polis mengalami kekurangan senjata sedangkan Rumah Pasong itu adalah gudang senjata? Ke manakah senjata-senjata itu menghilang?

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Gempar, Cerita Sejarah | Leave a Comment »