ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Imran Koyube: Jutawan Muda Aktivis Ilmu & Dakwah

Posted by kurator on May 31, 2013

JIKA pendakwah dulu menggunakan majlis agama untuk menyebarkan kebaikan, Imran Koyube lebih senang beralih kepada dunia online apabila dia mengasaskan laman web iluvislam.com bersama empat rakan lain bagi tujuan berdakwah.

Kini pemuda berusia 24 tahun bergelar pengarah urusan iluvislam.com memilih karier sebagai pendakwah ‘maya’ dan juga usahawan muda. Mengulas kewujudan iluvislam.com, Imran berkata, ia sekadar untuk membantu diri dan rakan lain mengenai permasalahan agama. Namun perkembangannya yang pantas mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan ‘viral’ dakwah.

Katanya, ‘viral’ dakwah ialah inisiatif dia berdakwah melalui rangkaian hubungan Internet. Penggunaan ‘yahoo messenger’ sebagai jalinan hubungan dan terkini penggunaan ‘facebook’ sebagai jaringan terbaru ternyata menarik golongan seusianya untuk menerima mesej dakwah berbentuk begini.

imran koyube

imran koyube

Dakwah Online

“Dakwah melalui ‘online’ seolah-olah seperti virus yang merebak pantas dan ia memberi kesan mendalam. Virus ini bukan penyakit, tetapi bagaikan jangkitan kepada generasi muda supaya cintakan Islam. “Saya menggunakan pengisian dan gambar grafik bertemakan cinta kerana ia dapat menarik minat orang muda, terutama remaja, menerima setiap mesej disampaikan,” katanya.

Daripada kelompok peminat kecil berkembang menjadi rangkaian besar dan iluvislam mempunyai pengaruhnya tersendiri. Seterusnya ia memberi ilham kepada Imran dan rakan pengasas lain menaik taraf laman web mereka daripada aplikasi ringkas sekadar mampu memuatkan kolum sembang kepada testimoni bergrafik melalui peningkatan jaringan sosial ‘friendster’ dan terkini ‘facebook’.

Perkembangan iluvislam.com mendadak sehingga menjadi organisasi dikenali memberi cabaran pada dirinya. Dia tetap giat memajukan syarikat dengan terus menawarkan khidmat laman web, bahan bacaan dan cenderahati, malah maju setapak apabila dia melancarkan stesen radio untuk syarikatnya baru -baru ini.

Langkah Drastik

Imran berkata, pembabitan serius memajukan iluvislam.com bermula penghujung 2008 sebaik menyedari potensi iluvislam.com untuk maju. Dia mengambil tindakan drastik berhenti daripada pengajiannya dalam bidang perubatan di Universiti Leicester.

Katanya, dia tidak berasa terkilan meninggalkan impian masa kecil untuk bergelar doktor kerana iluvislam.com.
“Saya tekad berhenti belajar daripada jurusan kedoktoran setelah mendapati iluvislam ‘is my passion’ (keghairahan saya). Saya sedikit pun tidak menyesal kerana saya yakin ia boleh menjadi peluang perniagaan berjaya.

“Mungkin orang fikir tindakan saya meninggalkan dunia kedoktoran tidak berasas, tetapi saya perlu lakukan sesuatu yang berbeza. Saya rasa ia boleh dikatakan sumbangan saya kepada generasi muda dan agama,” katanya.

iluvislam

Berbaloi

Pengorbanannya tidak sia-sia kerana dia mampu menggaji 20 pekerja dan hampir 300 sukarelawan untuk menggerakkan iluvislam.com.Katanya, harapan besar diletakkan buat iluvislam.com menjadi ikon organisasi Islam berpengaruh daripada segi ekonomi, media serta penyelidikan dan pembangunan. Kecekalan dia terbukti apabila statistik Persatuan Digital Malaysia mengiktiraf iluvislam.com pada kedudukan ke-19 laman web kerap dilayari. manakala ‘facebook’ pula di kedudukan keenam.

Selain daripada itu, Imran turut aktif menganjurkan seminar dan majlis ilmu bukan sahaja untuk program keagamaan, malahan turut menganjurkan siri-siri seminar keusahawanan dalam proses melahirkan lebih ramai jutawan mukmin.

Sesungguhnya kekayaan itu datang daripada Allah SWT. Jika kita sanggup meluangkan masa dan menginfakkan tenaga &  kudrat kita untuk menyebarkan ilmu dan berdakwah kepada manusia supaya mengenali Allah SWT dan beribadah kepada Nya , nescaya Allah SWT tidak akan mensia-siakan usaha kita. Benarlah janji Allah SWT:

Untitledf

http://www.hmetro.com.my/articles/ViraldakwahImran/Article/

 Lagi kisah imran di sini:http://clickhere.linktrackr.com/jootawanfeb12

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: