ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Archive for the ‘Cerita Sastera’ Category

Tulang-Tulang Berserakan: Risalah Rausyanfikir Buat Penguatkuasa Bersenjata

Posted by kurator on February 26, 2013

Istimewanya karya ‘Tulang-Tulang Berserakan’  kerana ia merupakan satu-satunya karya SN Usman Awang yang dihasilkan  dalam bentuk novel. Ia merakamkan kenang-kenangan SN Usman Awang (Leman) semasa bertugas sebagai seorang Mata-Mata (polis/askar) sewaktu penjajahan British ke atas Tanah Melayu.

book_ttbfull

Tugas Leman sebagai Mata-Mata memberikannya kuasa penuh untuk menangkap sesiapa sahaja yang melakukan kesalahan. Mereka juga boleh menjatuhkan denda ke atas kesalahan yang bertentangan dengan undang-undang.

Namun, ada suatu sisi di dalam diri Leman yang mempersoalkan keadilan di dalam sistem yang dijunjungnya. Manakan tidak, orang-orang besar yang berkereta mewah terlepas daripada denda kesalahan  cukup sekadar mengangkat tangan, orang-orang kecil pula  disaman habis-habisan walhal kesalahan mereka juga tidak disengajakan. Ada juga yang terpaksa melanggar undang-undang dunia demi mencari sesuap rezeki buat keluarga tercinta.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Inspirasi, Cerita Kritis, Cerita Sastera | Leave a Comment »

Bani Melayu Bangsa Hina

Posted by kurator on January 17, 2013

ustatt

Bani Melayu Bangsa Hina,

   Mendabik dada mengaku pejuang agama,    Tapi bab Fardhu Ain  tak pernah cakna,

   Tak mahu mengaku kejahilan dan kebodohannya,     Bila ditegur, mencebik muka.

Yang ikhlas mencerdikkan masyarakat disekat  bersuara,

 Kekallah Bani Melayu dalam kebodohan mereka. 

muallaf

Bani Melayu Bangsa Hina,

Katanya merekalah pembela agama, Tersangatlah sensitif dengan  dakyah gereja,

Tapi yang rancak berdakwah di Malaysia ; Sanggup merentas rimba, sungai dan muara,

Kebanyakannya Muallaf; Mat Saleh, India dan Cina,  

Bertanya suara; “orang Melayu di mana?”      

 

bin zionism

    Bani Melayu Bangsa Hina,

   Isu Palestine di jaja  umpama  dialah wira,    Tapi punyai kilang Coca-Cola  terbesar di Asia Tenggara,   

  Mentekedarah McDonalds  sepanjang masa,     Di depan mengutuk, di belakang berbisnes macam biasa,    

Malulah dengan  orang bukan Islam di Eropah sana,  

Boikot  Israel  bukan sekali sekala.

Rachel-Corrie-poster1Bani Melayu Bangsa Hina,

Ketuanan miliknya, yang lain hamba, Siapa tak sehaluan,  diugut dan diancamnya,

Walhal tanah air sendiri pun tak reti nak jaga, Digadai pemimpin, dilelong tanah rezabnya,

Diberi duit saguhati 5 tahun sekali senyaplah mereka, Terjunlah  mereka dengan labu-labunya,

Mungkin mereka tak pernah tahu Rachel Corrie itu siapa?

Mempertahankan tanah Palestine hingga dibunuh dengan bulldozer,

Kau Ada?!!

   

Harry-Fear

    Bani Melayu Bangsa Hina,

    Merantau jauh memenuhkan ilmu di dada,     Berkoyan-koyan gelaran sarjananya, 

Kononnya dialah paling bijaksana, Tapi malang akhirnya menjaja agama,  

Menjual hukum hakam dengan suka rela,  Janji dapat ufti dan upahnya,    

 Tak segankah dengan si Harry Fear,  Berjuang menentang Israel dengan percuma.  

Kita pula bagaimana ?

char

Bani Melayu Bangsa Hina,

Hanya pentingkan, gelaran, pangkat dan harta,

Tak ramai yang sanggup buat kerja sukarela, Katanya nanti nak makan apa?

 Kita ketandusan pejuang keamanan dunia , Kita kekeringan pencetus  idealisma,

 Sangat  takut miskin dan papa kedana,

Makanlah gaji sampai ke tua. Kerjanya pun jalan-jalan cari makan sahaja,

Bekalan akhirat apa pun tak sedia.

hangtuah_jebat

Bani Melayu Bangsa Hina,

Gagal membezakan pengkhianat dan perwira, 

Pengampu raja zalim dipuja-puja, Pembela keadilan dipandang hina,

Hang Jebat, Hang Nadim, Tok Gajah, Mat Kilau, Dato’ Bahaman, Tok Janggut, Abdul Rahman Limbong ;

nasib mereka kesemuanya sama,

Kesatria gagah tak terlawan kehebatannya, Habislah ikhtiar para penjajah durjana,

 Sayangkan  dunia, dikhianati istana,

Lalu diisytiharlah kesemuanya derhaka,

Lalu berjayalah penjajah memusnahkan mereka,

 Tak percaya? Kajilah kisah mereka.

Apa? Malas? Oh! Melayu memang hina.

Posted in Cerita Kritis, Cerita Sastera | Leave a Comment »