ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Archive for the ‘Cerita Aneh’ Category

Kisah Seorang Pengutip Sampah Menjadi Jutawan Dengan Izin Allah SWT.

Posted by kurator on May 3, 2013

Mohamad Azlan

Mohamad Azlan

Mohamad Azlan Abdullah @Ali baru berusia 26 tahun. Biarpun masih muda, dia menyimpan banyak pengalaman berharga, terutamanya apabila bergelar seorang jutawan pada usia yang masih muda.

Kisahnya juga penuh dengan babak-babak yang mengharukan dan boleh mengesankan jiwa. Ia juga mungkin dapat membantu kita untuk lebih percaya bahawa Pemilik sebenar rezeki adalah Allah SWT semata-mata.

Saya sendiri tidak menyangka pemuda yang sedang duduk di hadapan saya itu seorang jutawan muda. Beliau salah seorang pembaca buku Mudahnya Menjemput Rezeki, buku pertama saya yang dilancarkan di Pesta Buku Antarabangsa Kuala Lumpur pada Mei lalu. Beliau menyatakan hasrat untuk bertemu dengan saya selepas membaca buku itu.

” Apa yang tuan tulis di dalam buku itu seperti menceritakan kisah hidup saya. Benar tuan, hari ini saya yakin untuk mengatakan bahawa menjemput rezeki terbukti lebih mudah daripada mencari rezeki. Alhamdulillah, hampir dua tahun saya gunakan cara ini. Sayaingin kongsikan kisah saya dengan tuan.” tambah Mohamad Azlan.

Kebun Jagung

Segalanya bermula pada Ramadhan 2010. Pada waktu itu, dia bermula dari kosong.

Dia berasal daripada keluarga susah. Keluarganya pernah dibanci sebagai keluarga paling miskin di Besut. Pada masa itu, dia menjadi seorang pengutip sampah. Ibunya pernah menangis melihat ulat di kocek bajunya.

Dia memohon pada ibunya agar jangan sedih dan selalu doakan kejayaannya. Dia yakin, sebelum diberi nikmat, pastilah dia akan diuji oleh Allah SWT terlebih dahulu.

Semenjak bergelar pelajar lagi dia sudah berusaha mencari nafkah. Dia pernah mengusahakan kebun jagung seluas 13 ekar berhampiran Kolej Islam Sains & Teknologi (KIST), Bachok sewaktu belajar di sana. Dia mengusahakan kebun seluas itu bersendirian.

Apabila kebun jagung itu membuahkan hasil, dia nekad untuk berhenti belajar untuk memberikan fokus sepenuhnya kepada bisnes kebun jagung. Namun takdir Allah SWT mengubah segala-galanya. Ribut kuat melanda Bachok lalu memusnahkan segala impiannya.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Aneh, Cerita Inspirasi, Cerita Usahawan | Leave a Comment »

Dengan Izin Allah, RM45 Jadi RM200,000 !!

Posted by kurator on April 3, 2013

Ifa Food1

TIADA perkataan lain selain kecewa yang membalut hati tatkala impian untuk melanjutkan pelajaran ke universiti terhalang walaupun memperoleh pangkat satu dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM).

Kedudukan ekonomi keluarga mengajar Faizah Mohd Zin, 46, pasrah dengan keputusan ibunya yang tidak membenarkannya meneruskan pengajian kerana kakak dan tiga saudara kandungnya yang lain sedang belajar.

“Ibu tidak membenarkan saya menyambung pelajaran disebabkan sumber kewangan yang sangat terhad kerana kakak sedang belajar di universiti dan adik-adik di sekolah menengah,” katanya dalam pertemuan pada bengkel memproses sos cili di Kampung Pandan Satu, Kuantan, baru-baru ini.

“Saya benar-benar merajuk dengan ibu ketika itu kerana semangat untuk menyambung pelajaran berkobar-kobar, tetapi kata-kata ibu seolah-olah merenggut kebahagiaan dan impian saya untuk menggenggam segulung ijazah.

“Tetapi Allah tetap memberi ‘bahagian’ saya walaupun dalam bentuk yang berbeza dan kini saya meniti kejayaan dalam bidang perniagaan,” katanya.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Aneh, Cerita Inspirasi, Cerita Usahawan | Leave a Comment »

Insan Berhati Mulia: Pak Mie & Binatang Liar Yang Diabaikan

Posted by kurator on March 25, 2013

Sabda Rasulullah SAW:

“Diampunkan dosa seorang pelacur yang melintasi seekor anjing yang berada di tepi sebuah telaga yang lidahnya terjelir. Kehausan hampir membunuh anjing itu.

Maka pelacur itu pun menanggalkan kasutnya, lalu dia ikat kasut itu dengan tudungnya lantas dia menceduk air untuk anjing tersebut. Dia diampunkan disebabkan kejadian itu”

(Riwayat al-Bukhari)

Posted in Cerita Aneh, Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi | Leave a Comment »

Narayanan Krishnan : Kerja Paling Hebat Di Dunia

Posted by kurator on February 14, 2013

I saw a very old man, he was eating his own feces for hunger.

I thought what is the purpose of life? What am I going to do?

In a 5 star Hotel, I feed all the guests. But while in my hometown, there are peolple who are living without food.

I quit my job and start feeding all these people.

Everybody has got 5.5 litres of blood. I am just a human being.

For me, everyone is just the same.

What is the ultimate purpose of life? It’s to give.

Start giving. See the joy of giving.

Posted in Cerita Aneh, Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi | Leave a Comment »