ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Archive for June, 2013

Giving Up Is Not A Failure

Posted by kurator on June 22, 2013

start new

Posted in Cerita Inspirasi, Cerita Kritis | Leave a Comment »

Teguran Allah Kepada Nabi Muhammad: Bukti Al-Qur’an Kalam Tuhan

Posted by kurator on June 18, 2013

Al-Qur’an merupakan kalam Allah SWT yang benar.  Ia  bukanlah tulisan ataupun rekaan Nabi Muhammad SAW. Ini kerana Nabi Muhammad SAW merupakan seorang manusia yang tidak dapat membaca dan menulis (‘ummi). Dari manakah Nabi Muhammad SAW memperolehi ayat-ayat di dalam Al-Qur’an yang lengkap dengan hakikat ketuhanan dan falsafah kehidupan, kisah-kisah sejarah dan ketamadunan, sistem perundangan, sains dan teknologi , sistem ekonomi & kewangan dan lain-lain ilmu lagi yang mendahului zaman? Tidak lain dan tidak bukan, Al-Qur’an ini datangnya hanya daripada Allah SWT, Tuhan sekalian alam.

Al-Qur’an juga bukanlah diari yang merakamkan kisah hidup Nabi Muhammad SAW sehari-harian. Al-Qur’an tidak pernah menyuruh manusia untuk menyembah  Nabi Muhammad SAW sebaliknya ia menyuruh sekelian manusia agar kembali kepada Allah SWT sebagai Tuhan yang sebenar. Malah Nabi Muhammad SAW sendiri melarang umat Islam daripada merakamkan imej dan wajahnya baik di dalam bentuk lakaran, lukisan, ukiran ataupun arca. Ini kerana, Nabi Muhammad SAW ingin mengelakkan umatnya daripada mendewa-dewakannya lalu mungkin akan terpesong menjadikan dirinya sebagai objek sembahan. Walhal, tuhan yang layak disembah hanya Allah SWT.

al-quran (1)

Al-Qur’an juga menjadi bukti bahawa Nabi Muhammad SAW  tidak mempunyai sebarang agenda untuk menjadikan dirinya kelihatan hebat dan agung. Ini kerana di dalam Al-Qur’an,  nama Nabi Muhammad SAW hanya disebut sebanyak 4 kali. Manakala nama Nabi Isa AS disebut sebanyak 25 kali (di samping Al-Masih 11 kali, Ibn Maryam 23 kali). Nama Nabi Musa pula disebut sebanyak 136 kali. Nabi Ibrahim sebanyak 69 kali. Nabi Ismail sebanyak 12 kali. Nabi Ishaq 17 kali. Nabi Lut sebanyak 27 kali. Nama Nabi Nuh 43 kali. Nabi Soleh 9 kali. Nabi Syu’ayb  10 kali. Nabi Sulaiman 17 kali. Nabi Yahya 5 kali. Nabi Ya’qub 16 kali. Nabi Yusuf 27 kali. Nabi Zakaria 7 kali.

Di dalam Al-Qur’an juga tidak terdapat nama ibu, isteri atau anak Nabi Muhammad SAW seperti Aminah,  Khadijah, A’isyah, Fatimah, Ruqayyah, Zainab, Ummi Kalthum. Sebaliknya satu-satunya nama wanita yang disebut  ialah  Maryam AS (yang disebut sebanyak 34 kali) melambangkan penghormatan Allah SWT kepada ibu Nabi Isa AS tersebut.

Selain daripada itu, Allah SWT juga pernah menegur Nabi Muhammad SAW jika  rasul-Nya melakukan perkara-perkara yang tidak bertepatan dengan kehendak-Nya. Nabi Muhammad SAW sebagai insan yang amanah pula tidaklah menyembunyikan teguran-teguran tersebut kerana ia merupakan wahyu Allah SWT dan ia juga menjadi bukti bahawa Al-Qur’an ini benar-benar diturunkan oleh Allah SWT dan bukanlah hasil karangan nabi Muhammad SAW. Ini kerana, jika Al-Qur’an ini merupakan biografi Nabi Muhammad SAW, sudah pasti kejelekannya akan disembunyikan daripada pengetahuan umum.

Antara teguran-teguran Allah SWT kepada Nabi Muhammad SAW adalah;

(1) Hanya Allah SWT Yang Boleh Memberikan Petunjuk (hidayah)

Abu Talib merupakan bapa sudara Nabi Muhammad SAW yang amat mengasihinya. Abu Taliblah yang menjaga Nabi Muhammad selepas kematian ibu bapa dan datuknya. Abu Talib jugalah telah banyak membantu Nabi Muhammad terutamanya dalam menghalang gangguan golongan bukan Islam yang memerangi Nabi Muhammad SAW.

Walaupun kasih Abu Talib terhadap nabi Muhammad SAW amat kental, namun Abu Talib belum lagi mengucapkan dua kalimah syahadah dan enggan beriman dengan Allah SWT walaupun ketika itu Abu Talib hampir-hampir meninggal dunia. Oleh sebab itu, Nabi Muhammad SAW telah berkata “Sungguh, akan aku mintakan ampunan untukmu, selama aku tidak dilarang”. Oleh sebab itu, Allah SWT telah menegur Nabi Muhammad SAW:

“Tiadalah sepatutnya bagi Nabi dan orang-orang yang beriman memintakan ampun (kepada Allah) bagi orang-orang musyrik walaupun orang-orang musyrik itu adalah kaum kerabat (nya), sesudah jelas bagi mereka bahwa orang-orang musyrik itu adalah penghuni neraka Jahannam”. (At Taubah, 9: 113)

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Dakwah, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Pendidikan negara jadikan pelajar ‘robot’ ?

Posted by kurator on June 17, 2013

Kesilapan dalam mendidik akan menyebabkan pelajar yang dilahirkan tidak ubah seperti ‘robot’ dan bukannya modal insan sejati.

Penulis buku best seller ‘Aku Terima Nikahnya’, Hasrizal Jamil mendakwa, sistem pendidikan negara ketika ini seolah-olah hendak menjadikan anak-anak sekarang sebagai robot.

“Minda mereka telah kita tetapkan dengan peraturan yang ketat.

“Sedangkan kita sepatutnya mencorakkan mereka atas apa yang kita mahu mereka jadi, bukannya atas kehendak mereka sendiri,” katanya ketika menjadi panel Forum Pedagogi Pendidikan Cinta anjuran sukarelawan Teach For The Needs (TFTN) di Kompleks Karangkraf.

UOSTAT

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Inspirasi, Cerita Kritis, Cerita Pengetahuan Am | Leave a Comment »

Muslim Mulia Kerana Akhlak

Posted by kurator on June 11, 2013

martabat

Posted in Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | Leave a Comment »