ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Archive for the ‘Cerita Cinta’ Category

Imran Koyube: Jutawan Muda Aktivis Ilmu & Dakwah

Posted by kurator on May 31, 2013

JIKA pendakwah dulu menggunakan majlis agama untuk menyebarkan kebaikan, Imran Koyube lebih senang beralih kepada dunia online apabila dia mengasaskan laman web iluvislam.com bersama empat rakan lain bagi tujuan berdakwah.

Kini pemuda berusia 24 tahun bergelar pengarah urusan iluvislam.com memilih karier sebagai pendakwah ‘maya’ dan juga usahawan muda. Mengulas kewujudan iluvislam.com, Imran berkata, ia sekadar untuk membantu diri dan rakan lain mengenai permasalahan agama. Namun perkembangannya yang pantas mencetuskan idea kepadanya untuk melancarkan ‘viral’ dakwah.

Katanya, ‘viral’ dakwah ialah inisiatif dia berdakwah melalui rangkaian hubungan Internet. Penggunaan ‘yahoo messenger’ sebagai jalinan hubungan dan terkini penggunaan ‘facebook’ sebagai jaringan terbaru ternyata menarik golongan seusianya untuk menerima mesej dakwah berbentuk begini.

imran koyube

imran koyube

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Pengetahuan Am, Cerita Usahawan | Leave a Comment »

Bagaimana Mendamaikan Orang Islam Yang Bersengketa?

Posted by kurator on May 13, 2013

Salah faham dan konflik di kalangan manusia sesama Islam memang merupakan sesuatu yang tak dapat dielakkan. Kata orang, sedangkan lidah lagikan tergigit. Konflik dan salah faham merupakan rencah dan resam kemanusiaan.

Kadangkala sesuatu konflik yang kecil itu boleh merebak menjadi persengketaan yang besar. Apatah lagi jika ada campur tangan pihak ketiga yang gemar mengambil kesempatan di atas masalah orang lain.

Sejarah juga telah mencatatkan begitu banyak persengketaan yang berlaku di kalangan umat Islam. Ia merupakan suatu kerugian yang amat besar kerana persengketaan umat Islam telah menyebabkan golongan kuffar berjaya mengambil kesempatan dan menjana keuntungan dengan mengeksploitasinya.

393817_350353248325994_100000539649357_1242827_1559564159_n

Damaikanlah orang Islam yang bersengketa

 

Bagaimanakah pula caranya untuk mendamaikan Orang Islam yang bersengketa?

Allah SWT sebagai Tuhan yang Maha Mengetahui sebenarnya telahpun  menggariskan beberapa kaedah yang amat tepat dan paling adil di dalam proses mendamaikan Orang Mukmin yang bersengketa. Kaedah-kaedah ini dijelaskan di dalam Surah Al-Hujurat, ayat 9-10:

(1) Dan kalau ada dua golongan dari kalangan Orang Mukmin itu bersengketa, hendaklah kamu damaikan antara keduanya!

Menjadi tanggungjawab umat Islam untuk meleraikan persengketaan di kalangan saudara seagama mereka. Allah SWT menyuruh setiap Muslim agar mengambil peduli. Masing-masing perlu memainkan peranan. Terutamanya  untuk mengelakkan  persengketaan itu daripada berlarutan dan  melibatkan lebih ramai mangsa keadaan. Tidak mustahil api yang kecil boleh menghanguskan sebuah rumah yang besar, jadi bertindaklah sebelum terlambat.

(2)Tapi kalau salah satu daripada keduanya berbuat zalim terhadap (golongan) yang lain, maka perangilah (golongan)yang berbuat zalim itu, sehingga golongan itu itu kembali kepada perintah Allah.

Di dalam sesuatu konflik, pastilah ada pihak yang menzalimi dan dizalimi. Oleh sebab itulah, Allah SWT menekankan aspek yang amat penting dalam proses perdamaian iaitu nasihatkan pihak yang zalim supaya bertaubat terlebih dahulu. Orang yang berlaku zalim wajib mengaku kesalahannya dan kembali kepada perintah Allah SWT.

Jika si zalim itu mengambil harta atau merampas tanah yang bukan haknya, dia wajib memulangkannya. Jika si zalim menipu, memfitnah dan berbohong, wajib baginya meminta ampun kepada orang yang difitnah dan memaklumkan kepada masyarakat tentang pembohongannya. Jika si zalim menindas saudaranya, wajib baginya menerima hukuman dan membayar ganti rugi. Jika si zalim mengkhianati perjanjian, wajib baginya mematuhi semula perjanjiannya. Jika si zalim menyekat proses keadilan, dia wajib  membebaskan proses keadilan daripada dikongkong dan diperkudakan.

Jika orang zalim itu berdegil, menjadi kewajipan kita pula untuk memerangi si zalim sehinggalah dia bertaubat.

Kita tidak boleh berkompromi dalam hal ini, walaupun orang yang berlaku zalim itu orang yang mempunyai kedudukan yang tinggi dalam masyarakat ataupun dia merupakan kawan karib kita.

Jika si zalim masih meneruskan kezalimannya, umat Islam  perlu menumpukan usaha  untuk memerangi kezaliman tersebut sehinggalah dia sedar akan kesalahannya dan kembali kepada perintah Allah SWT.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita dalam Rencana, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Pertarungan Rezeki: Ribuan Manusia Mengeringkan Tasik Dalam Seminit

Posted by kurator on May 9, 2013

 

Peristiwa yang menyayatkan hati ini dirakamkan di Tasik Antogo, Mali. Ia berlaku di puncak musim  kemarau.

Tasik ini merupakan satu-satunya punca air yang masih ada dan ia juga merupakan satu-satunya habitat untuk ikan-ikan yang masih kedapatan di lembah yang gersang ini.

Tasik ini dikatakan suci dan keramat. Menangkap ikan di sini dilarang walaupun sumber makanan amat terhad disebabkan kemarau dan cuaca yang teramat panas. Walau bagaimanapun, larangan itu ditarik hanya untuk satu hari sahaja dalam setahun, sebelum musim hujan.

Pada hari inilah, orang Dogon dibenarkan menangkap ikan di Tasik ini. Dianggarkan lebih 2,000 orang Dogon   berkumpul untuk bertarung nasib mendapatkan rezeki untuk keluarga mereka.

Sebelum acara besar ini, mereka berdoa beberapa jam supaya usaha mereka berhasil. Lalu ribuan orang Dogon menerjah tasik Antogo dengan bubu di tangan masing-masing. Dalam masa seminit sahaja, mereka mengeringkan isi perut tasik ini. Dengan seekor dua ikan itulah mereka bawa pulang kepada keluarga masing-masing  untuk meneruskan kehidupan.

Bersyukurlah dengan rezeki yang ada di hadapan kita, tak kiralah sekecil mana pun ia.

dogon1

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi | Leave a Comment »

Sepinggan Nasi, Segelas Air: Terima Kasih Atas Rezeki-Mu Ya Allah

Posted by kurator on May 8, 2013

makana

Alhamdulillah Ya Allah, atas rezeki Mu, Sepinggan Hidangan ini.

Bismillah Ar-Rahman Ar-Rahim..

Terima kasih Ya Allah di atas rezeki Sepinggan Hidangan yang Kau kurniakan ini..

Di atas  pingganku  ini, ada beratus-ratus butiran nasi. Asal bijiran ini tidaklah aku ketahui dari mana? Mungkin dari Kedah. Mungkin dari Thailand. Atau dari Vietnam. Atau dari India. Mungkin juga dari Pakistan. Berpenat lelah para petani menanamnya. Ada yang menggunakan kerbau lembu untuk membajak. Ada juga yang menggunakan jentera berat. Para petani bertungkus lumus  menyemai benih, menuai dan mengutip hasil dengan kudrat dan keringat mereka. Ia mengambil masa berbulan-bulan dengan penuh sabar dan ikhlas. Lalu diproses, dipaket di kilang-kilang dan dibungkus. Lalu dihantar ke seluruh dunia dengan lori, kapal atau kapal terbang. Lalu dengan izin-Mu, terhasillah beratus-ratus butiran nasi di atas pingganku ini.

Di atas pingganku ini juga, ada seekor ikan kembung. Asalnya mungkin bukan dari Laut China Selatan?  Mungkin datangnya dari Lautan Hindi. Mungkin dari Lautan Pasifik, atau Lautan Atlantik. Tiada siapa yang tahu. Jauh ia merantau. Mungkin ia sudah pernah singgah ke laut Hitam, laut Baltik, atau ke Laut Maditerranean, Laut Carribean, Semenanjung Crimea mahupun ke Kepulauan Bermuda. Tapi disebabkan takdir yang telah Engkau suratkan, jadilah ia makanan tengahariku kini.

Alhamdulillah di atas rezekiMu sambal sotong ini. Aduh enaknya. Sotong ini pun seperti saudaranya, ikan kembung, datangnya dari lautan yang luas. Sang Nelayan bermudik ke lautan meredah ombak dan halilintar demi mencari rezeki. Walaupun di dalam hati mereka terselit rasa bimbang apakah nasib yang bakal menimpa, namun segala-galanya diserahkan kepadaMu. Dengan takdir-Mu, dapatlah sotong ini dipukat, lalu dibawa ke darat. Di pelabuhan, tersedia menanti para peraih yang bangun seawal 3 pagi menunggu hasil tangkapan. Lalu dingkut hasil tangkapan itu dan di bawa ke pasar-pasar. Alhamdulillah, sampai jua seekor sotong di atas pingganku dengan izinMu.

Dengan rahmatMu juga, dapatlah aku mencicip sup ayam ini. Asalnya dari telur ayam yang dieram, ada yang menetas  ada yang pecah di tengah jalan. Ada juga telur yang diambil oleh penternaknya. Setelah telur itu menetas, diternak pula beberapa tahun, diberi makan serdak, jagung ataupun beras. Sungguh sedikit ilmu kami ya Allah, hingga kini kami masih lagi belum tahu, tentang yang manakah wujud terlebih dahulu. Telurnya  atau ayamnya yang dijadikan terlebih dahulu? Sungguh, hingga kini kami masih keliru. Hanya Engkau sahaj yang tahu jawapannya. Tetapi dengan rahmatMu, dapat ku rasa sedapnya daging ayam ini.

Belum lagi dihitungkan nikmat-nikmatMu yang lain. Ada pula sambal belacannya dari Bandar Hilir. Ada pula budu ikan bilis dari Ketereh. Ada pula cencaluk dari Alor Gajah. Ada pula tempoyak durian Musang King dari Taiping. Begitu juga dengan ikan sepat pekasam dari Chenderoh yang diperam lama. Masya Allah. Luas sungguh nikmatMu.

Begitu juga dengan ilham yang kau berikan kepada insan yang memasak makanan ini. Bukannya mudah. Bertahun-tahun pengalaman dan proses pembelajaran diperlukan untuk menghasilkan makanan sesedap ini. Seimbang masin, manis, masamnya. Ada resepi yang berasal beratus tahun dahulu dari tamadun Cina. Ada yang berasal dari India. Ada juga resepi yang berasal dari tamadun eropah. Ada juga yang berasal dari Thailand. Ada juga yang menjadi resepi rahsia nenek moyang kami yang terdahulu. Belum lagi dengan rempah ratus dan bahan-bahan masakannya. Ada kulit kayu manis, bunga lawang, bunga cengkih, jintan, garam halus, garam kasar, gula pasir, gula kabung, gula Melaka, kerisik, minyak kelapa sawit, minyak zaitun, cuka, lada putih, lada hitam, lada sulah, rempah sup, rempah kurma, serbuk cili, cili kering, rempah kari, kicap pekat, sos tiram, sos ikan, santan dan macam-macam lagi. Masya Allah.  Sungguh, amat besarlah nikmat yang Engkau kurniakan.

Tak dapat difikirkan dek akal betapa besarnya jumlah manusia yang terlibat demi menjayakan proses menghasilkan Sepinggan Hidangan di hadapanku ini.

Bermula dengan petani-petani, nelayan dan awak-awaknya, penternak,  penanam sayur, penanam buah-buahan, penjual baja, penjual racun rumpai, para saintis yang mengkaji hal-ehwal pertanian, peraih-peraih, peniaga-peniaga, penjaja-peniaga, tauke kilang beras, pekerja kilang beras, tauke kilang budu, pekerja kilang budu, mandur, kuli, kontraktor kilang, pembawa lori, pembawa kapal, nakhoda kapal, kelindan, tukang masak,  pengajar sekolah kulinari, pensyarah universiti pertanian, pegawai pertanian, pegawai jabatan perikanan, pengusaha kedai makan, tukang angkut, pekerja sambilan, pekerja kontrak, tukang cuci, tukang kira, tukang lap meja  dan lain-lain lagi. Mungkin beribu-ribu jumlahnya. Wallahi, tak dapat ku hitung betapa ramainya jumlah mereka.

Sesudah makan, dapat pula aku nikmati segelas air sirap limau yang sejuk. Dengan izin-Mu, kau kurniakan air yang bersih tanpa perlu aku bersusah payah menggali perigi. Kau juga ilhamkan manusia dengan ilmu mencipta peti sejuk beku, walhal suatu ketika dahulu, untuk mendapatkan ais, Maharaja Parsi terpaksa menyuruh hamba-hambanya mengambil ais dari puncak gunung-ganang. Manusia juga terpaksa menggali tanah yang dalam untuk menyimpan makanan daripada rosak. Lalu kau ilhamkan kepada Ibnu Sina untuk mencipta kondensor (refrigerated coil) yang pertama.  Lalu ciptaan itu dimajukan William Cullen pada tahun 1748. Pada tahun 1805 pula,  Kau ilhamkan Oliver Evans untuk  menghasilkan mesin penyejuk beku berasaskan proses vapor-compression. Hinggalah pada tahun 1834, Jacob Perkins berjaya diizinkan untuk menghasilkan sebuah unit mesin sejuk beku yang lengkap. Kau jugalah yang mengurniakan kepandaian mencipta pati minuman dengan menggunakan daun pandan, sejenis daun daripada beribu-ribu jenis daun-daunan yang Engkau ciptakan. Masya Allah, di dalam segelas air sirap limau yang sejuk ini, ada nikmatMu yang sangat besar.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Hakikat Rezeki Dan Kejayaan Yang Sebenar.

Posted by kurator on May 2, 2013

Kebanyakan manusia cenderung untuk mendefinisikan rezeki sebagai perkara yang diperlukan untuk kemandirian hidup semata-mata seperti wang, makanan, minuman, pakaian yang bersifat kebendaan. Selain daripada itu, kita turut mempunyai kecenderungan untuk mengukur kejayaan hidup seseorang hanya berdasarkan aspek materialistik seperti harta, pengaruh, jawatan dan kemewahan. Kecenderung kita untuk menyempitkan makna rezeki dan kejayaan inilah yang telah menyebabkan kebanyakan manusia telah pun diprogram untuk melihat rezeki dan kejayaan daripada perspektif yang dangkal.

Ia bermula dengan sistem pendidikan kita. Sistem pendidikan kita telah diprogramkan untuk memesongkan maksud rezeki dan kejayaan yang sebenar. Dari tadika, sekolah hinggalah ke universiti, kita telah dipaksa untuk mempercayai bahawa untuk menjadi berjaya dalam hidup, kita perlu mendapat keputusan peperiksaan yang cemerlang.  Kemudian kita pula dipaksa untuk percaya bahawa hanya beberapa jurusan atau bidang tertentu sahaja yang dapat memberikan pendapatan yang lumayan. Kita juga disuruh memilih universiti yang hebat kerana kita dimomokkan bahawa hanya universiti yang terkenal akan menjadikan kita orang yang hebat.

Institusi Pendidikan Hanya Menghargai Pelajar Yang Cemerlang Dalam Peperiksaan

Institusi Pendidikan Kita Lebih Bersifat Exam-Oriented dan Gagal Bersifat Holistik

Setelah itu kita pun berduyun-duyun masuk ke alam pekerjaan. Sewaktu bekerja pula, kita diprogramkan untuk percaya bahawa untuk mendapat rezeki yang banyak, kita perlu menuruti kehendak majikan. Kita terpaksa membodek, mengipas dan mengampu majikan untuk berjaya dan naik pangkat. Segala kesalahan dan kesilapan yang majikan kita lakukan diiyakan walaupun ia bertentangan dengan kehendak Allah SWT. Kita juga sanggup menipu dan menyalah guna kuasa semata-mata untuk naik pangkat. Sikap tikam belakang juga diamalkan semata-mata ingin menyelamatkan mata pencarian. Kita sanggup lihat orang lain merana semata-mata kerana  ingin menjaga periuk nasi sendiri. Yang penting, kita berjawatan tinggi, berpangkat besar, berpendapatan mewah, berkereta mewah, berumah besar dan berpengaruh hebat.

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Kisah Ustadz Jefri El-Buchori (UJE): Dengan Rahmat Allah SWT, Pendosa Diangkat Martabat Menjadi Pendakwah Di Jalan Allah

Posted by kurator on May 1, 2013

Jefri El Buchori atau lebih dikenal sebagai Ustadz UJE lahir di Jakarta, 12 April 1973. Beliau dijemput menemui Ilahi pada 26 April 2013 pada umur 40 tahun. Beliau adalah seorang pendakwah (ustad) yang tersohor di Indonesia. Sebelumnya beliau merupakan seorang penari, penyanyi, dan pelakon filem (aktor) dari Indonesia

Ustaz ini cukup popular dan sering dijemput memberikan tazkirah di merata tempat. Perjalanan hidup Ustadz Jefri El Buchori sungguh dahsyat. Penuh gejolak dan onak berduri. Proses pergelutan yang luar biasa dia alami sampai dia menemukan kehidupan yang tenang dan menenteramkan. Di bawah ini merupakan perkongsian yang dinukilkan oleh UJE tentang riwayat hidupnya. Marilah kita bersama jadikan kisahnya sebagai renungan dan iktibar untuk dimanfaatkan dalam hidup.

Belasungkawa Buatmu Ustadz Jeffry El-Buchori

Belasungkawa Buatmu Ustadz Jefri El-Buchori

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Rahsia Untuk Menjadi Mulia & Meninggikan Martabat

Posted by kurator on May 1, 2013

inspier

Rasulullah SAW pernah bertanya:

” Mahukah kalian mendengar saya terangkan perkara yang menambahkan kemuliaan

dan meninggikan martabat?

Sahabat baginda menjawab:  ” Mahu, wahai Rasulullah!”

Rasulullah SAW pun berkata:

”  (1)Anda bersifat lemah-lembut terhadap orang yang memperlakukan anda sebagai orang bodoh, 

(2) Anda memaafkan orang yang menzalimi anda,

(3) Anda memberi kepada orang yang kedekut & tidak sudi memberi apa-apa kepada anda,

(4) Anda menyambung silaturrahim kepada orang yang tidak sudi ada hubungan dengan anda.”

(Riwayat At-Tabrani)

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | 1 Comment »

Pesanan Untuk Semua SUAMI daripada Ustadz Jefry Al-Buchori (UJE)

Posted by kurator on April 30, 2013

UNTUKMU YANG BERGELAR IMAM, NAKHODA BAGI WANITA: 

  Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Sunnah Pergaulan Rasullah SAW Dengan Kanak-Kanak : Fattabiouni

Posted by kurator on April 23, 2013

 

Mutiara Hikmah:

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Teologi | Leave a Comment »

Celik Mata, Reset Minda IBU BAPA Bersama Prof Muhaya

Posted by kurator on April 23, 2013


Mutiara Hikmah:

Read the rest of this entry »

Posted in Cerita Cinta, Cerita Dakwah, Cerita Inspirasi, Cerita Kritis, Cerita Teologi | Leave a Comment »