ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Kisah Hang Jebat : Pengkhianatan Terhadap Pejuang Rakyat Dalam Sejarah Melayu (1)

Posted by kurator on February 11, 2013

Setiap perjuangan itu pasti akan menuntut pengorbanan.

Kemenangan dalam perjuangan memerlukan kita memeras keringat, air mata dan darah.

Malah, kita juga tidak dapat lari daripada dikhianati dan ditikam oleh sahabat sendiri di dalam perjuangan.

Makam Hang Jebat

Makam Hang Jebat

 

Kisah epik ini lekat di dalam ingatan setiap umat Melayu. Malangnya Hang Jebat dilabelkan sebagai penderhaka dan pemberontak di dalam kisah ini. Hakikatnya, Hang Jebat hanyalah seorang pejuang tulen yang ingin menuntut bela atas kematian sahabatnya, Hang Tuah.

Hang Tuah yang sering digambarkan sebagai hero alam Melayu sebenarnya merupakan lambang kepada jiwa yang suka diperhambakan malah tidak keterlaluan jika kita sifatkan sebagai seorang kaki bodek yang tulen. Manakan tidak, Hang Tuah sentiasa membuta tuli menurut arahan Sultan walaupun arahan itu bertentangan dengan agama dan etika.

Sebagai contoh, Sultan Melaka pernah mengeluarkan arahan menculik Tun Teja dari Pahang untuk dijadikan isteri dan Panglima Megat Panji Alam tunangan Tun Teja diarahkan supaya dibunuh. Untuk melaksanakan misi ini, Hang Tuah sanggup menipu Tun Teja dan menggunakan ilmu sihir guna-guna yang syirik dan bertentangan dengan agama. Kesemua tugasan ini dilaksanakan oleh Hang Tuah dengan patuh demi kenaikan pangkat dan menzahirkan taat. Sultan juga bernafsu kuat. Tak cukup dengan Tun Teja, Puteri Gunung Ledang turut dimahukan Sultan.

Gagal mendapatkan Puteri Gunung Ledang, Sultan turut merampas Melor, kekasih Hang Tuah untuk menjadi gundiknya, tetapi Hang Tuah tetap setia pada Sultan. Hinggalah pada suatu hari, Sultan akhirnya telah murka kepada Hang Tuah kerana cemburu buta. Pada waktu itu, Sultan melihat Hang Tuah sedang bertemu dengan Melor. Lalu difitnahlah orang bahawa mereka bermukah. Dan jatuhlah hukuman bunuh ke atas Hang Tuah.

Hang Jebat cuba menghentikan kebodohan dan kezaliman yang berleluasa ini. Sudahlah Sultan Melaka seorang kaki perempuan, sahabatnya yang lurus pula dihukum bunuh. Selepas ketiadaan Hang Tuah, Hang Jebat dilantik oleh Sultan untuk menggantikan Hang Tuah sebagai Laksamana. Namun, Hang Jebat tidak mudah digula-gulakan dengan pangkat dan jawatan. Malah, Hang Jebat bangkit menuntut bela atas kematian sahabatnya. Lalu, difitnahlah orang bahawa Jebat menimbulkan kekacauan dan dikaitkan dia mempunyai skandal sulit dengan Dang Wangi untuk membuatkan rakyat benci padanya. Walhal Dang Wangi adalah kekasih lamanya yang dirampas Sultan.

Hang Tuah yang selama ini disembunyikan akhirnya muncul tiba-tiba apabila dia mendengar Hang Jebat mengamuk di istana. Hang Tuah lalu menawarkan diri menumpaskan Hang Jebat. Sewaktu di istana, Hang Jebat dicabar oleh Hang Tuah untuk beradu. Melihatkan Hang Tuah masih hidup, Jebat berasa amat gembira lalu terus menyerahkan keris Taming Sari kepada Hang Tuah sebagai penghormatan. Jebat juga menghentikan ancamannya kerana tujuannya mengamuk di istana kerana Hang Tuah juga.

Yang mengecewakan, sekali lagi Hang Tuah bertindak bodoh. Dia sanggup memperdayakan Jebat lalu menggunakan keris Taming Sari itu untuk membunuh sahabat yang membelanya atas alasan ‘ pantang orang Melayu derhaka’. Inilah orang Melayu yang tahap kebodohannya amat parah lalu penyakit Hang Tuah ini banyak menjangkiti masyarakat Melayu yang lain.

Keberanian dan ketegasan Hang Jebat menegakkan keadilan sehingga sanggup menderhaka kepada Sultan adalah satu-satunya penyebab namanya harum sehingga ke zaman ini. Ungkapan katanya ‘Raja adil raja disembah, raja zalim raja disanggah,’ menjadi kata-kata hikmat setiap kali memperkatakan perjuangan untuk menuntut keadilan atau bila hendak memperkatakan kezaliman penguasa.

Dikatakan, pada 1511 akhirnya Melaka diserang Portugis akibat  pemimpin yang leka dan hanya mementingkan nafsu kehendak dirinya. Sultan Mahmud terus melarikan diri ke Istana hinggapnya iaitu istana Kayu Ara yang terletak di Lembah Bertam (Bertam Hulu). Ketika di Istana Kayu Ara, Tun Teja telah gering. Waktu itu serangan Portugis bertambah hebat dan berita Portugis hendak menyerang Bertam melalui sungai Melaka talah sampai kepada sultan. Sultan lalu menyelamatkan diri ke Bentayan (Muar). Tamatlah akhirnya riwayat sebuah kerajaan dahulunya gah, lalu rebah menyembah bumi akibat kezaliman pemerintah serta sifat para pemimpin yang bodoh dan taat membuta tuli.

 

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: