ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

9 Ciri-Ciri Keimanan Yang Perlu Dijaga

Posted by kurator on May 15, 2013

Keimanan seseorang itu bukanlah sekadar dengan pengakuan di bibir sahaja. Seseorang yang mengaku beriman perlu mempunyai ciri-cri keimanan yang dapat membezakannya dengan golongan yang tidak beriman.

Terdapat 9 ciri keimanan yang perlu dipelihara sepanjang masa. Tanpa ciri-ciri tersebut, keimanan yang kita lafazkan masih belum sempurna. Setiap manusia yang mengaku beriman perlulah berusaha agar dapat memiliki kesemua ciri-ciri tersebut.

9 Ciri- ciri Keimanan  adalah:

1) At- Ta’ibun; Orang – orang yang sentiasa bertaubat

2) Al- ‘Abidun ; Orang- orang yang sentiasa beribadat

3) Al- Hamidun ; Orang-orang yang bertahmid memuji kebesaran Allah SWT

4) As- Saihun; Pengembara – pengembara di jalan Allah SWT

5) Ar- Raki’un ; Orang -orang yang banyak rukuk

6) As- Sajidun; Orang-orang yang banyak sujud

7) Al- Amiruna Bil- Ma’ruf ; Orang-orang yang menyeru kepada kebaikan

8) Wa Yanhauna A’nil- Munkar ; Orang-orang yang mencegah kemungkaran

9) Wal Hafizuna  Li Hududillah; Orang-orang yang memelihara batas-batas hukum Allah SWT

Orang Islam perlu mempunyai ciri-ciri keimanan supaya dapat membezakan mereka dengan golongan yang tidak beriman

Orang Islam perlu mempunyai ciri-ciri keimanan supaya dapat membezakan mereka dengan golongan yang tidak beriman

Firman Allah dalam Surah At-Taubah, ayat 111-112;

Sesungguhnya Allah telah membeli dari orang-orang yang beriman akan jiwa mereka dan harta benda mereka dengan (balasan) bahawa mereka akan beroleh Syurga, (disebabkan) mereka berjuang pada jalan Allah maka (di antara) mereka ada yang membunuh dan terbunuh.

(Balasan Syurga yang demikian ialah) sebagai janji yang benar yang ditetapkan oleh Allah di dalam (Kitab-kitab) Taurat dan Injil serta Al-Quran; dan siapakah lagi yang lebih menyempurnakan janjinya daripada Allah?

Oleh itu, bergembiralah dengan jualan yang kamu jalankan jual-belinya itu, dan (ketahuilah bahawa) jual-beli (yang seperti itu) ialah kemenangan yang besar.

(Mereka itu ialah): orang-orang yang bertaubat, yang beribadat, yang memuji Allah, yang mengembara (untuk menuntut ilmu dan mengembangkan Islam), yang rukuk, yang sujud, yang menyuruh berbuat kebaikan dan yang melarang daripada kejahatan, serta yang menjaga batas-batas hukum Allah.

Dan gembirakanlah orang-orang yang beriman (yang bersifat demikian).

Daripada; Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Oleh Syeikh Fathi Yakan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: