ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Bersendirian Itu Kadangkala Lebih Baik

Posted by kurator on May 14, 2013

benar

Nilai kebenaran bukanlah ditentukan dengan ramainya bilangan penyokong.

Jika jumlah majoriti menjadi ukuran kebenaran, sudah pasti sudah pasti Nabi Nuh AS, Nabi Lut AS, Nabi Soleh AS dan para pengikut mereka yang minoriti berada di jalan yang salah.

Jika bilangan yang ramai menentukan kebenaran, tentulah 313 Ahli Badar  itu tak dapat menewaskan 1000 orang tentera kafir Quraisy.

Jika kebenaran diukur dengan kuatnya bala tentera, sudah pasti tentera Talut yang amat sedikit dan serba kekurangan itu  tidak dapat mengalahkan bala tentera Raja Jalut yang besar lagii lengkap bersenjata.

Tetapi, firman Allah SWT: ” Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah dan Allah (sentiasa) bersama-sama orang yang sabar”. (Al-Baqarah: 249)

Tenanglah jika kita dipulaukan atau dipinggirkan majoriti. Kerana suara majoriti itu tak semestinya benar.

Usah ikut- mengikut! Usah takut-takut!

Bersendirian itu kadangkala lebih baik.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: