ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Bahayanya Sifat Riya’

Posted by kurator on May 7, 2013

Riya bermakna melakukan sesuatu amalan kerana ingin dilihat dan dipuji oleh orang/ makhluk. Amalan itu dilakukan bukan dengan niat yang ikhlas kerana Allah SWT.

Rasulullah SAW berpesan: “Yang sangat saya khuatirkan terhadap kamu ialah Syirik yang terkecil.

Sahabat bertanya; Ya Rasulullah, apakah Syirik yang kecil itu?

Jawab Baginda SAW; Riya’. Pada hari pembalasan nanti, Allah akan berkata mereka yang Riya’: “Pergilah kamu kepada orang-orang yang dahulu kamu beramal kerana mereka di dunia. Lihatlah nanti adakah kamu boleh mendapatkan kebaikan/pahala daripada mereka.”

Bentengi amalan daripada sifat Riya'

Bentengi amalan daripada sifat Riya’

Tanda- Tanda Orang Riya’ 

Saidina Ali bin Abi Talib berkata: “ Tanda Orang Riya’ itu Empat:

1) Malas jika bersendirian

2) Rajin teramat dan ringan tulang jika di hadapan manusia

3) Menambahkan amalan jika dipuji orang

4) Mengurangkan amalan jika dikutuk orang

Perumpamaan Orang Riya’

Seorang Ahli Hikmah berkata: Orang yang beramal dengan Riya’ atau Sum’ah itu bagaikan seorang yang keluar ke pasar sambil memikul sebuah guni yang penuh dengan batu-bata. Orang-orang yang melihat guninya yang penuh itu berasa kagum dan berkata: Alangkah penuhnya guni itu. Mestilah orang ini orang yang kaya.

Tetapi pujian itu sama sekali tidak berguna baginya sebab batu-bata yang dipikul tidak dapat digunakan untuk membeli apa-apa. Orang itu hanya boleh berlagak dan mendapat pujian orang ramai. Badannya pula letih lesu akibat memikul batu-bata yang berat. Demikianlah orang yang beramal dengan Riya’ dan Sum’ah yang tidak akan mendapat pahala langsung di akhirat dan hanya merugikan masa dan tenaganya sahaja.

Daripada: Tanbihul Ghafilin Jilid 1. Oleh: Syeikh Abi Laits As Samarqandi.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: