ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

5 Rintangan Terbesar Dalam Kehidupan Orang Mukmin

Posted by kurator on April 26, 2013

images (10)

Rasulullah SAW telah meramalkan cabaran dan dugaan yang bakal dihadapi oleh orang Mukmin, Da’i dan Mujahid di Jalan Allah iaitu:

1) ORANG MUKMIN YANG DENGKI KEPADANYA

Hasad dengki ialah penyakit yang berbahaya. Hasad mengikis iman orang Mukmin sehinggalah dia kembali siuman dan bertaubat kepada Allah SWT.

Orang Mukmin yang menyeru ke jalan Allah SWT, terutamanya yang popular, berbakat dan dihormati, akan mudah terdedah kepada cacian, kutukan dan perasaan dengki bukan sahaja di kalangan orang kafir, malahan syaitan akan menggoda orang Mukmin yang lain untuk berasa dengki kepadanya.

Orang yang mudah dengki terhadap ilmu dan kebolehan orang lain mempunyai penyakit jiwa dan hati yang berkarat. Mereka sanggup membuat tipudaya terhadap saudara mereka demi sentimen dan kemarahan yang meluap-luap di dalam hati. Sikap inilah yang mendorong Qabil membunuh saudara kandungnya, Habil.

Sebab-sebab wujudnya hasad dengki: Perasaan Permusuhan, Perasaan Benci, Merasakan Diri Lebih Mulia, Takabbur, ‘Ujub, Takut Terlepas Sesuatu Habuan, Ghairah Menjadi Ketua, Ghairahkan Populariti, Busuk Hati.

Pesan Rasulullah SAW:

” Awas kalian daripada prasangka. Seseungguhnya prasangka itu kata-kata paling dusta. Jangan ejek-mengejek, intai-mengintai, atas-mengatasi, dengki-mendengki, benci-membenci, jebak-menjebak. Jadilah kalian laksana hamba-hamba Allah yang bersaudara seperti yang telah diperintahkan. Seorang muslim itu adalah saudara Muslim yang lain. Janganlah menzalimi saudaranya; Janganlah biarkan saudaranya (dizalimi), Janganlah menghina saudaranya.”

” Taqwa itu (letaknya) di sini. Taqwa itu (letaknya) di sini.” Seraya baginda menunjukkan ke dadanya.

“Cukuplah bagi seorang Muslim itu kejahatan (dosa) menghina saudaranya yang Mukmin, haram bagi seseorang Muslim itu (menceroboh) darah (nyawa), nama baik dan harta seseorang Muslim yang lain”

2) ORANG MUNAFIQ YANG DENGKI PADANYA

Kebencian dan tipu daya Munafiqin memang ada di mana-mana dan wujud dalam setiap zaman.

Orang Munafiq tampil untuk merosak, menimbulakna keraguan terhadap pendakwah. Mereka mengeksploitasi untuk meraih untung dan mendapatkan manfaat tertentu.

Rasulullah SAW bersabda:

“Empat sifat; barangsiapa bersifat dengan keempat-empatnya, maka dia adalah Munafiq tulen. Siapa yang ada salah satu dari sifat ini maka ia mempunyai satu ciri dari ciri Munafiq hinggalah ia membuangnya. 

Iaitu; Apabila berkata ia dusta, Apabila berjanji ia mungkir, Apabila diberi amanah ia khianati, Apabila bergaduh ia melampaui batas.”

3) ORANG KAFIR YANG MEMERANGINYA

Orang kafir yang memerangi seruan keamanan, keadilan dan kebenaran Islam adalah para penyokong kebatilan. Mereka yang sangat benci kepada Islam adalah alat-alat syaitan. Merekalah musuh kebenaran dan keimanan selama-lamanya hinggalah hari Kiamat.

Pertarungan antara iman dan kufur adalah perjuangan yang berlarutan semenjak dahulu dan bakal berlangsung sepanjang hayat . Ini adalah pertarungan sengit antara dua pihak yang saling bertentangan.

Firman Allah SWT: “Janganlah orang-orang mu’min mengambil orang kafir menjadi wali dengan meninggalkan orang-orang mu’min. Barangsiapa berbuat demikian, niscaya lepaslah ia dari pertolongan Allah, kecuali karena ( siasat) memelihara diri dari sesuatu yang ditakuti dari mereka. Dan Allah memperingatkan kamu terhadap diri ( siksa)Nya. Dan hanya kepada Allah kembali(mu).” (Surah Ali Imran; ayat 28).

4) SYAITAN   YANG   MENYESATKAN

Pangkal segala bencana dan penyelewengan ialah putar belit Iblis, tipudaya Syaitan dan karenah hawa nafsu.

Syaitan memang musuh Mukmin paling besar. Ia tidak jemu menipu, menimbulkan keraguan dan merangsang ke arah kejahatan. Selagi ada hayat dikandung badan dan selagi iman masih bertakhta di dada, selama itu ia akan tetap merasuk.

Syaitan terang-terang telah bersumpah:

“Demi kemuliaanMu (Allah) akan Aku perdaya mereka (anak Adam) semuanya kecuali para hambaMu yang ikhlas di kalangan mereka.

Allah menjawab. Yang hak dan yang benar Aku katakan: “Aku akan penuhkan neraka jahannam dengan (diri) mu dan sesiapa dan mereka yang menurutmu semuanya.”

Dari mana Syaitan menyelinap? Syaitan menyelinap melalui:

– Marah -Nafsu Syahwat -Tergesa-gesa -Hasad Dengki -Kedekut – Takabbur -Buruk Sangka terhadap Muslim yang lain

5)  NAFSU YANG MERANGSANGKAN

Nafsu seseorang adalah wadah tempat berinteraksi segala yang buruk dan jahat, halal dan haram, hak dan batil. Nafsu adalah bejana yang menerima apa sahaja; baik yang luhur mahupun onar, baik hidayah mahupun dalalah.

Nabi Yusuf AS pernah mengungkapkan:

“Dan tiadalah aku berani membersihkan diriku sesungguhnya nafsu manusia itu sangat menyuruh melakukan kejahatan, kecuali orang-orang yang telah diberi rahmat oleh Tuhanku (maka terselamatlah ia dari hasutan nafsu).

Sesungguhnya Tuhanku Maha Pengampun, lagi Maha Mengasihani.”    (Yusuf: 53)

Dalam kesibukan kehidupan, seseorang Mukmin itu mungkin terlupakan dirinya sendiri. Ia mungkin memberi perhatian kepada orang sekeliling, membantu masalah mereka, tetapi dia lupa tentang haq dirinya supaya ditingkatkan dalam setiap segi. Di sini akan berlaku sesuatu yang merugikan. Jiwanya menjadi keras dan lembap. Akhirnya akan membatu dan meyeleweng. Firman Allah SWT dalam Surah Al-Mutoffifin, ayat 14-15:

” Bahkan hati mereka menjadi berkarat lantaran apa (dosa) yang mereka lakukan. Bahkan mereka sebenarnya terdinding daripada (melihat) Tuhan mereka kelak di hari akhirat”

Untuk memenangi pertarungan dengan nafsu, orang Mukmin perlulah berbuat baik kepada dirinya sendiri. Kalau tidak, apalah maknanya orang lain menang tetapi dia tewas melutut di hadapan nafsunya.

Orang yang untung di hari kiamat ialah orang yang dapat memenangkan dirinya dalam menentang nafsu walaupun ia hilang dunia dan orang yang ramai. Orang yang rugi pula ialah orang yang disia-siakan kerana tewas kepada nafsu walaupun ia mendapat habuan dunia dan sanjungan orang ramai.

Daripada: Bahtera Penyelamat Dalam Kehidupan Pendakwah, Oleh Syeikh Fathi Yakan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: