ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Runtuh-Runtuhan di Terengganu: Akibat murka Allah?

Posted by kurator on February 21, 2013

Selamat datang ke negeri Terengganu. Negeri cantik, budaya menarik. Sebuah negeri di Semenanjung Malaysia yang dikurniakan Allah SWT dengan landskap semulajadi yang menawan dan kaya dengan khazanah alam.

Bagaimanapun, Terengganu Darul Iman telah masyhur dengan gelaran baru: Terengganu Darul Runtuh. Ini kerana begitu banyak kejadian keruntuhan infrastruktur yang berlaku di negeri ini walaupun tanpa kehadiran bencana alam yang dahsyat. Kata orang, tak ada angin, tak ada ribut, tau-tau runtuh. Walaupun kes-kes ini sudah gah di persada dunia tetapi sebagai kenangan untuk nusa bangsa di masa hadapan, marilah kita bersama ingati tempat-tempat bersejarah di negeri Terengganu ini:

1) Stadium Sultan Mizan Zainal Abidin, Gong Badak

Stadium Gong Badak

Stadium Gong Badak

Stadium yang menelan belanja RM 290 juta ini dirasmikan pada 10 Mei 2008 sempena SUKMA 12. Stadium ini dianggap tercanggih di pantai timur.Pembinaan Kompleks Sukan Negeri ini dimulakan pada 2005,  Malangnya, pada 2 Jun 2009, bumbung utama stadium ini runtuh yang menyebabkan kerosakan yang agak teruk iaitu 50 peratus daripada strukturnya musnah. Mujurlah kemalangan ini tidak menyebabkan kemalangan nyawa.

Malangnya, pada 20 Februari 2013, bumbung Stadium Sultan Mizan di Terengganu yang sedang diperbaiki runtuh sekali lagi dalam satu kejadian yang mencederakan tiga orang pekerja tempatan.

Tiga orang pekerja yang terperangkap di bawah runtuhan tersebut berjaya diselamatkan dan dihantar ke Hospital Sultanah Nur Zahirah.

2) Dewan Saidina Abu Bakar SMK Wakaf Tapai

smkPada 12 April 2008, seluruh bumbung bangunan Dewan Saidina Abu Bakar Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Wakaf Tapai, Marang yang berharga RM2 juta runtuh secara tiba-tiba dalam kejadian yang berlaku kira-kira pukul 8.30 malam.

Kejadian tersebut dipercayai berlaku apabila kekuda kayu yang menyokong bumbung bangunan yang siap dan digunakan akhir tahun 2005 itu tidak mampu bertahan menyebabkan keseluruhan bumbung runtuh.

3) Kompleks Akuatik Terengganu, Batu Burok

geraisisikolamrenangKompleks Akuatik Terengganu yang terletak di Batu Burok, menempatkan kolam renang yang dikenal pasti sebagai projek ‘merbahaya’ serta boleh mengancam keselamatan orang awam. Tiga belas buah gerai makanan dan minuman yang dibina di sisi Kompleks Akuatik terletak dibawah kolam renang, merupakan kawasan paling berisiko.

Pada 10 Julai 2009, Kementerian Kerjaraya mengarahkan Pusat Akuatik Majlis Bandaraya Kuala Terengganu (MBKT) bernilai RM18 juta yang baru setahun disiapkan ditutup sementara  kerana kualiti kemudahan dan tahap keselamatan yang menyebabkannya tidak sesuai digunakan orang ramai.

Pasukan penyiasat Jabatan Kerja Raya (JKR) mendapati banyak kelemahan dan kesilapan teknikal dalam proses mereka bentuk serta piawaian pembinaan yang tidak mencapai mutu ditetapkan sehingga berlaku kebocoran dan kerosakan peralatan.

4) Masjid Kampung Batu Putih, Kemaman

masjid runtuh di terangganuSelepas tiga bulan retak, bumbung Masjid Kampung Batu Putih tiba-tiba runtuh dan menimpa tiga buruh warga Indonesia yang datang untuk membaiki binaan itu di Kemaman pada 4 Oktober 2009. Seorang daripada mereka, Marzuki Nordin cedera parah di kepala manakala dua lagi cedera ringan.

Kejadian berlaku pukul 9 pagi ketika ketiga-tiga pekerja dari Aceh itu membaiki bumbung hadapan masjid itu yang siap dibina tahun lalu dengan kos RM2.1 juta.

Ketua Polis Daerah Kemaman, Supritendan Abdullah Sani Salat berkata, ketiga-tiga mangsa dihempap hampir keseluruhan bahagian bumbung hadapan masjid itu ketika baru memulakan kerja.

5) Pusat Latihan Antarabangsa (ITC), Kemaman

mb itcMenteri Besar, Dato’ Ahmad Said baru sahaja mengumumkan Pusat Latihan Antarabangsa (ITC) diserahkan untuk menjadi fakulti baru Kolej Universiti Institut Teknikal Tinggi Terengganu (TATiUC).

Tiba-tiba pada 15 November 2009, ITC yang menelan belanja kira-kira RM50 juta itu, runtuh satu bahagian yang dipercayai sebagai penghadang alat pendingin ataupun balkoni di tingkat lapan bangunannnya. Setelah diteliti terdapat 200 hingga 300 item yang perlu diperbaiki semula.atau ditukar kerana tidak mengikut piawaian yang ditetapkan

6) Terminal Pengangkutan Awam, Kuala Berang

Terminal Bas Kuala Berang

Terminal Bas Kuala Berang

Pada 21 Disember 2009, bahagian bumbung kaca pada projek membina dan menyiapkan terminal pengangkutan awam yang bernilai RM4.2 juta di Kuala Berang runtuh.

Projek itu milik Majlis Daerah Hulu Terengganu yang dilaksanakan oleh kontraktor Gemilang Mega Sdn Bhd.

Dalam kejadian yang berlaku kira-kira jam 4 petang itu menyebabkan empat pekerja termasuk tiga warga Bangladesh cedera.

Akibat runtuhan itu, atap gentian kaca yang berukuran 1 x 2 meter bertaburan di bahagian laluan pejalan kaki bersama penyokong yang tercabut dengan bahagian bumbung itu.

Kos untuk pemasangan bahagian bumbung pada projek yang dimulakan pertengahan 2008 lalu itu sekitar RM700,000.

7) Institut Oseanografi & Akuakultur Tropika  , Universiti Malaysia Terengganu.

umt4

Seorang pekerja binaan maut dan tujuh lagi cedera apabila bumbung sebuah bangunan milik UMT yang sedang dalam pembinaan runtuh lalu menghempap mereka.

Buruh binaan yang meninggal dunia itu dipercayai pekerja dari Bangladesh. Dua lagi pekerja juga dari Bangladesh dikatakan parah. Kejadian berlaku pada 29 Mac 2010.

8) Jeti Bot Penambang, Kedai Payang.

runtuhSederetan pondok rehat di kawasan landskap jeti bot penambang berhampiran Pasar Besar Kedai Payang telah runtuh pada 9 Januari 2011, dalam waktu belum pun sampai tiga bulan ia disiapkan.

Pondok tersebut adalah sebahagian daripada Projek Peningkatan Kemudahan Pelancongan ke Bazar Keraf Kedai Payang Kuala Terengganu.

9) Astaka , Jertih

jertih astaka

Sebuah Astaka yang masih dalam pembinaan di Padang Astaka, Jertih runtuh pada 22 Jun 2012 menyebabkan enam pekerja warga Indonesia terperangkap dalam runtuhan.  Pasukan penyelamat telah mengeluarkan kesemua mangsa yang terperangkap dan mangsa dihantar ke Hospital Besut.

10) Papan Tanda Gergasi,Bukit Kor Marang

Ganu runtuh lagi

Runtuhan papan tanda atau sign board gergasi Pusat Penyelidikan Universiti Malaysia Terengganu di Bukit Kor, Marang, menambahkan lagi koleksi episod keruntuhan prasarana di negeri Terengganu ini. Kejadian berlaku pada 11 Julai 2012.

11) Tangki Air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun

tangki air runtuhPada 13 Julai 2012,  Tangki Air Sekolah Menengah Kebangsaan Paka, Dungun telah pecah menyebabkan pagar berhampiran dan juga jalan sekelilingnya mengalami kerosakan.

Pada hari yang sama juga, Datuk Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak melakukan kunjungan pertama sebagai Perdana Menteri ke Daerah Dungun untuk program Mengubah Destini Anak Bangsa (MDAB) bersama pelajar Universiti Teknologi Mara (UiTM).

12) Pentas Astaka, Taman Bandar Chukai

astaka chukai2 (1)

Pada 30 Disember 2012, Pentas Astaka Taman Bandar Chukai rebah dan musnah menyembah bumi.  Yang Dipertua Majlis Perbandaran Kemaman (MPK), Mustafar Khalid mendakwa, awning yang dipasang di struktur asal bumbung pentas itu dipercayai runtuh ekoran strukturnya reput.

Kata beliau, awning pada struktur bumbung pentas berkenaan dibina pada 2006 dan pihaknya akan menjalankan siasatan lanjut punca runtuhan itu terjadi. Kerugian dipercayai melibatkan RM 500,000. Nasib masih menyebelahi rakyat kerana tidak ada kemalangan jiwa berlaku akibat runtuhan itu

Selain daripada itu, lain-lain prasarana yang rosak dan bocor turut dilaporkan iaitu :

1.    Bazaar Warisan

2.    Masjid Kristal

3.    Masjid Kg Lingai

4.    Masjid An Naim Dungun

5.    Binjai Souq

6.    Menara komunikasi jalur lebar di Kampung Chegar Batang, Besut – tumbang

7.    Siling  Bumbung Lapangan Terbang Sultan Mahmud (LTSM) – tanggal

Melihatkan kerosakan-kerosakan yang berlaku ini boleh mendatangkan perasaan musykil di hati kita. Ini kerana di negeri lain, keruntuhan jarang-jarang berlaku berbanding dengan negeri ‘Darul Iman’ yang berlaku dengan amat dahsyat sekali.

Kita bimbang kerosakan ini berlaku kerana murka Allah SWT kepada kita. Kita masih ingat, dalam pilihanraya 2004, ada pihak-pihak yang menjanjikan “pembangunan yang tidak pernah terlintas di mata dan tidak pernah didengari oleh telinga rakyat Terengganu” sekiranya diundi dalam pilihanraya tersebut. Seolah-olah pembangunan dan kemajuan itu milik mutlak mereka. Kita khuatir janji-janji sebegini boleh mendatangkan sifat takabbur dan riya lalu boleh menjejaskan aqidah kita.

Dan kita juga tahu Takabbur dan Riya’  boleh menghampiri sifat syirik kepada Allah. Inilah  yang berlaku kepada Firaun dan Namrud. Mereka menjanjikan pembangunan mega kepada rakyat dan bersifat takabbur kepada Allah. Walhal pembangunan itu hanya untuk kesedapan mata yang melihat sahaja. Sekadar untuk bermegah-megah.

Ironinya, pembangunan yang dijanjikan datangnya daripada duit royalti kerajaan Pas yang memerintah Terengganu sejak 1999 yang telah dicuri dan dirompak. Jika dihitungkan, jumlah keseluruhan royalti yang disekat  hampir RM 5 Billion. Bertambahlah dosa-dosa mereka. Inilah rupa sebenar Melayu. Yang menindas Melayu ialah Melayu. Tak perlu DAP, Gerakan atau MCA. Cukup dengan parti Melayu, UMNO.

Cubalah fikir, barangkali runtuhan terjadi kerana duit tak berkat dan kotor. Duit royalti yang dirompak adalah bahagian fakir-miskin, anak yatim, solafus soleh di Terengganu. Doa orang dizalimi maqbul. Walaupun keruntuhan yang berlaku itu adalah ketentuan dan ketetapan Allah Taala, namun ungkapan bekas Pengerusi Petronas yang juga Ahli Parlimen Gua Musang, Tengku Razaleigh Hamzah bahawa ‘orang berkata wang ehsan tidak berkat menyebabkan banyak bangunan runtuh’ perlu diberikan perhatian oleh pihak-pihak berkenaan.

Firman Allah SWT: ” Sambil bersikap sombong takbur di muka bumi dan berusaha merancangkan rancangan-rancangan jahat, sedang rancangan yang jahat itu tidak menimpa melainkan orang yang menjalankannya. (Dengan keadaan yang demikian, maka) tidak ada yang mereka tunggu selain daripada berlakunya kebinasaan menimpa mereka (sebagaimana yang telah menimpa) orang-orang kafir yang telah lalu. Kerana engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang perubahan bagi ‘ sunnatullah ‘ (undang-undang peraturan Allah), dan engkau tidak sekali-kali akan mendapati sebarang penukaran bagi perjalanan ‘sunnatullah’ itu.” (Al-Faathir, Ayat 43)

Insaflah kita dengan memohon ampun dan maaf kepada sesiapa sahaja yang telah dizalimi. Keruntuhan sesuatu tamadun itu berkait rapat dengan keberkatan, ketelusan dan amanah dalam menguruskan perbendaharaan negara. Janganlah kita bersikap dengki dan khianat terutamanya kepada saudara se-Islam. Yakinlah bahawa doa orang yang dizalimi itu maqbul. Semoga kesilapan ini tidak akan diulangi lagi oleh generasi kita di masa hadapan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: