ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Cerita Aku dan Bas SANI Express: Communication Breakdown

Posted by kurator on January 2, 2013

Sempena musim buah di kampung baru-baru ini, aku pun bercadang mahu pulang ke Terengganu. Waktu membeli tiket di kaunter stesen Putra, aku berkira-kira untuk bertolak  pada waktu tengahari esoknya. Yang paling ngam timingnya hanyalah Sani Express. Bas 2 tingkat, seat aku di tingkat atas. Bolehlah…

Hari Sabtu, jam 1.20 petang, bas meninggalkan Stesen Bas Putra. Sementelahan letih kerana berejam-jam berada di Pesta Liar BigBadWolf, aku pun melelapkan mata sebaik bas bergerak.

Jam 4 lebih, bas berhenti di sebuah kawasan rehat bersebelahan Plaza Tol. Aku pun dengan mata terpisat-pisat bangun dari tidur. Kulihat ramai penumpang keluar dan menuju ke tandas. Aku pun pergi ke tandas. Ada 3 pintu sahaja di dalam. Pandai. Semuanya penuh. Ramai lagi yang sedang beratur. Aku pun keluar dari Gents. Di sebelah Gents ada tandas OKU. Hurmm… bukan maksud untuk menyalahgunakan kemudahan, tapi disebabkan sakit perut yang tidak tertahan, terpaksa aku meminjam tandas OKU sekejap.

Selesai ke tandas, aku lihat ada penumpang yang ke surau. Aku pun terus ke surau bersebelahan dan terus bersolat jamak.

Sewaktu sujud yang terakhir, terdengar bunyi hon yang kuat di luar surau. Bas aku kah itu?  Hilang  khusyuk aku. Terkocoh-kocoh aku memberikan salam.

bas-sani-express-1Yup! Di luar surau, bas bertalu-talu membunyikan hon. Pin!Pin!Pin! Berlari-lari aku menuju ke bas. Agaknya akulah orang yang terakhir.

Sampai di pintu, aku terperasan semua mata memandang ke arahku. Renungan yang diberikan seolah-olah seorang penjenayah yang sedang melakukan kesalahan besar sedang dihukum.

Sebaik aku menaiki anak tangga ke tingkat dua, terdengar suara “Ingat dia seorang sahaja ke nak sembahyang! Orang lain pun nak sembahyang juga!” ngomel pakcik driver berkopiah  Kuat juga lah suaranya. Terdengar oleh semua di dalam bas. Nasib baik aku dah di tingkat atas. Kalau tidak, mahu juga aku menjawab.

Kalau diikutkan, aku rasa bukan salah aku. Mana aku tahu bas nak berhenti sekejap. Lagipun alang-alang berjumpa tempat solat, baik dahulukan solat. Lagipun jarak masa aku keluar tadi pun sekejap sahaja. Itupun nasib baik aku guna tandas OKU.

Dari bawah, kedengaran pakcik pemandu mengomel-ngomel seorang diri. Mengutuk-ngutuk aku agaknya. Bas pun dipandu semakin laju, lepas geram agaknya.

Jam 5 petang, sampai di perhentian kedua. Sebuah RnR di Kemaman. Kali ini sama juga. Bas berhenti, pemandu turun,semua orang pun turun. Berapa lama berhenti? tak diberitahu. Sampai jam berapa? tak ada yang tahu. Melihatkan ramai yang turun, aku pun turun. Mahu mengisi perut dengan burger ayam special. Kerana fobia situasi tadi berulang, burger aku bungkus. Sejujurnya aku benci dihon-hon sebegitu. Dahlah solat tak khusyuk. Naik bas, dikutuk-kutuk, dan dipandang semacam oleh semua penumpang. Memang boleh mendatangkan marah!

Kali kedua ini bas berhenti hampir sejam. Adus! Kalau aku tahu berhenti lama, baik aku makan nasi campur ataupun makanan goreng-gorengan. Apakan daya, yang tahu waktu berhenti dan bertolak hanya pemandu bas.

Jam 7.30 malam, sekali lagi bas berhenti. Kali ini di tepi sebuah masjid di Dungun. Situasinya juga sama. Aku lihat penumpang-penumpang lain terkebil-kebil tak ketahuan asbab berhenti. Pemandu bas sudah menonong keluar ke dalam masjid. Kali ini juga aku tak turun. Aku niat jamak taakhir sahaja. Solat akan aku tunaikan di rumah. Aku rasa penumpang lain pun sama. Mungkin takut kalau turun dan solat, takut menyebabkan kelewatan pula. Kalau solat pun dalam keadaan bimbang, tak khusyuk juga. Yang paling haru, nanti dimarah pula oleh pemandu bas.

Punca masalah di sini, mudah sahaja. COMMUNICATION BREAKDOWN. Tidak ada hubungan dua hala antara pemandu dan penumpang. Tiada siapa yang memberitahu awal-awal perkara-perkara penting. Contohnya membuat pengumuman:

“Para Penumpang! Sekarang kita akan berhenti di RnR . Kita berhenti untuk makan dan solat. Kita akan bertolak pada jam 5 petang tepat! Sila pastikan semua ada sebelum jam 5 petang”

Kan senang! Seminit sahaja yang diperlukan untuk buat pengumuman. bagi pemandu bas, tak perlu rasa poyo atau malu sebab ia memudahkan kerja, tak perlu buang masa menunggu orang lambat, tak mendatangkan stress yang paling penting, tiada siapa ketinggalan bas, tak perlu mencari-cari sesiapa yang tertinggal (seorang sahabat aku  pernah ditinggalkan bas di sebuah RnR, sebabnya kerana comunnication breakdown  beginilah).

Untuk bas Sani yang dua tingkat, pastikan penumpang di kedua tingkat diberitahu. Atau paling tidak, gunakan speaker kalau bas itu berspeaker. Sekali lagi diingatkan, tak perlu rasa malu atau poyo. Hakikatnya seminit yang digunakan untuk komunikasi dua hala boleh menjimatkan masa dan tenaga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: