ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Cerita Doktrin Triniti: 3 = 1? 1 = 3 ?

Posted by kurator on October 24, 2012

Diagram Konsep Triniti

Diagram Konsep Triniti

Doktrin Triniti yang menjadi ajaran agama Kristian merupakan titik perbezaan yang paling besar dengan yang memisahkannya dengan agama samawi yang lain. Unitarianism atau keesaan tuhan menjadi intipati utama konsep Tauhid di dalam agama Islam manakala agama Yahudi menekankan konsep Shema.

Konsep Triniti memberikan definisi Tuhan terdiri daripada 3 individu suci iaitu :

1. Ayah (the Father), 2. Anak (Jesus Christ) dan 3. Roh Kudus (Holy Spirit).

Walaupun 3 individu tersebut berbeza namun mereka wujud bersama, sama tara, abadi bersama dan sama berkuasa.

Kesimpulannya, 3 individu Triniti yang berbeza wujud sebagai 1 entiti. Sehingga kini, ia masih lagi dianggap konsep agama Kristian yang misteri dan aneh.

Tambah memusykilkan lagi konsep ini buat pertama kali diperkenalkan oleh Quintus Septimius Florens Tertullianus atau Tertullian, seorang ahli teologi Latin pada awal kurun ke 3. Dia memperkenalkan konsep ini sewaktu menyertai ajaran Montanism yang diisytiharkan sesat oleh gereja. Kebanyakan ajaran Tertullian pula bertentangan dengan ajaran hawariyyin (apostles) yang sebenar.

Pada tahun 325, Doktrin Triniti telah diterima sebagai sebahagian ajaran Ortodoks melalui Nicene Creed ( Pegangan Nicaea) yang menyatakan Christ sebagai ‘God of God, Light of Light, very God of very God, begotten, not made, being of one substance with the Father’. Ia telah diasaskan di dalam Majlis Nicaea yang Pertama.

Council of Niaceae menyaksikan ajaran Kristian mengikut acuan dikehendaki Emperor Constantine

Council of Niaceae menyaksikan ajaran Kristian mengikut acuan dikehendaki Emperor Constantine

Majlis Nicaea yang Pertama dianjurkan oleh Emperor Rom, Constantine I di Bithynia dengan matlamat untuk menyatukan gereja Kristian di bawah satu bumbung serta menentukan halatuju dan konsensus ajaran Kristian.

Ini kerana, apabila ajaran Kristian telah menjadi semakin popular di kalangan rakyatnya, ia menimbulkan ketegangan politik di Empayar Rom Timur yang berpusat di Kota Constantinople. Untuk menyelamatkan empayarnya, Constantine I terpaksa menerima ajaran Kristian untuk diamalkan di wilayahnya walaupun dia dikenali sebagai seorang Pagan (Penyembah Berhala).

Walau bagaimanapun, dia telah mengasimilasikan kepercayaan paganismnya ke dalam ajaran Kristian dan memaksa para paderi Kristian untuk menerimanya. Dia juga menggunakan gelaran Pontifex Maximus sebagai ketua agama Kristian.

Konsep Triniti yang sebenar dipercayai berasal dari Babylon:

1.Tuhan / Ayah =Nimrod (disimbolkan dengan ikan)

2. Anak jelmaan Nimrod= Tammuz,

3. Ibu (virgin mother)  = Ishtar/ Permaisuri Semiramis (disimbolkan dengan burung merpati)/ ‘Virgin Mother’/’Queen    of Heaven’/’Our Lady’ (diterjemahkan sebagai Madonna dan Notre Dame) diasimilasikan oleh ajaran Kristian kepada ‘Mother Mary’.

Ibu dan Anak dari Doktrin Triniti yang diperkenalkan semenjak zaman Babylon

Malahan, perayaan Easter yang tarikhnya ditentukan oleh Majlis Niceae dipercayai ada kaitan dengan Ishtar atau dipanggil kaum Teutons sebagai Dewi Eostre yang merupakan penjaga musim bunga dan dewi kesuburan.

Easter dikatakan disambut oleh golongan Pagan pada hari Ahad yang pertama yang mengikuti  bulan penuh selepas Vernal Equinox (matahari berada pada kedudukan satah yang sama dengan bumi)  tanggal 21 Mac setiap tahun. Ia disesuaikan pula dengan perayaan Passover yang disambut kaum Yahudi.  Ia kemudiannya dikatakan sempena memperingati kebangkitan Jesus Christ pada hari ketiga selepas disalib di Calvary.

Telur Easter yang dikaitkan dengan Dewi Kesuburan

Telur Easter yang dikaitkan dengan Dewi Kesuburan

Jadi, tidak hairanlah jika Konsep Triniti ini dikatakan menyimpang jauh daripada ajaran agama samawi malah tidak keterlaluan jika kita sifatkan agama Kristian ini direkacipta dan diubah kerana sejarah telah mendokumentasikan bukti-bukti yang jelas lagi nyata tentang proses mengubah ajaran Nabi Isa AS yang telah dilakukan oleh Emperor Constantine dalam Council of Niceae.

Mengangkat martabat Nabi Isa AS sebagai anak tuhan juga menyimpang jauh daripada apa yang diajar oleh Nabi Isa As sendiri. Di dalam Bible sendiri diceritakan bahawa Nabi Isa AS bukanlah anak tuhan. Nabi Isa AS sebagai hamba Allah yang lemah turut  bermunajat meminta pertolongan kepada Allah SWT:

Then Jesus went with his disciples to a place called Gethsemane,  he said to them,“Sit here while I go over there and pray.”  

He took Peter and the two sons of Zebedee along with him, and he began to be sorrowful and troubled. 

Then he said to them, “My soul is overwhelmed with sorrow to the point of death. Stay here and keep watch with me.

Going a little farther, he fell with his face to the ground and prayed, “My Father, if it is possible, may this cup be taken from me. Yet not as I will, but as you will.”

 {Gospel of Matthew (NIV), 26: 36-39}

Di dalam ayat di atas, nyatalah Nabi Isa AS juga mempunyai perasaan takut dan bimbang di dalam hatinya. Untuk menghilangkan perasaan itu, Nabi Isa AS menunaikan ibadah dengan bersujud memohon pertolongan tuhan. Nabi Isa juga mengakui kekuasaan tuhan dan segala kejadian yang berlaku adalah atas takdir tuhan yang Maha Berkuasa.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: