ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Cerita Botak Chin : Menteri Belajar Dari Si Pencuri.

Posted by kurator on October 21, 2012

Sayyidina Ali K.W pernah berkata: ” Lihat kepada hikmah yang diperkatakan, usah melihat kepada siapa yang mengatakannya”

Hikmah dan kebenaran itu ada di mana-mana sahaja. Ia merupakan permata orang mukmin yang hilang yang perlu dikutip. Mungkin ia boleh datang daripada orang yang paling kita benci. Oleh itu, usahlah bersikap double standard dalam mencari kebenaran.

Kisah Tan Sri Sanusi Junid bertemu Botak Chin amat menarik untuk dikongsi. Kisah seorang menteri yang mendapat pengajaran daripada seorang penjenayah yang amat digeruni.

Jobless Cinese

Dalam tahun 60′ -70′ an,  Malaysia digegarkan dengan pelbagai kes rompakan senjata api dan samun melibatkan jutaan ringgit oleh kumpulan gangster cina yang bermaharajalela di Kuala Lumpur.

Ketuanya Wong Swee Chin yang digelar Botak Chin (‘Bo = tiada, Tak = Kerja, Chin= Orang Cina’ ).

Cubaan demi cubaan pihak polis untuk memberkasnya gagal. Dikatakan Botak Chin kebal dan tidak lut senjata. Bahkan Botak Chin mendapat bantuan dan pertolongan orang kampung kerana bagi mereka dialah si Robin Hood yang memberikan banyak bantuan kepada mereka.

Akhirnya Botak Chin ditangkap juga tanggal 16 Februari 1976. Kata khabar angin, kerana tangkalnya lupa dipakai.

 

Botak Chin ialah tahanan ISA pertama yang mengakui segala pertuduhan kerajaan ke atasnya. Dia dihukum gantung sampai mati dan dilokap di Penjara Pudu.

5 tahun dalam tahanan, Botak Chin merusuh selepas rancangannya melarikan diri gagal sehingga menimbulkan huru-hara di Penjara Pudu. Sanusi Junid ( Timbalan Menteri Dalam Negeri) diarahkan bertemu Botak Chin.

Botak Chin tidak puas hati  kerana terlalu lama disimpan di dalam lokap menunggu detik akhir kematian.

‘ Pasal apa simpan gua, kasi makan, buang duit government. Gantung gua, bakar gua punya body dan buang semua habuk dalam parit dan longkang .. apa tunggu lagi … takut kah?’  Botak Chin mencabar Sanusi Junid.

Rupanya pihak penjara kekurangan tali gantung. Di Penjara Pudu di waktu itu ada kira-kira 36 orang yang telah dijatuhkan hukuman mati walaupun di peringkat mahkamah yang berbeza-beza atau sedang menunggu rayuan pengampunan. Baki tali hanya 5 dan itu hanya boleh dipakai kalau ada kes kecemasan. Terdapat sekitar 30 orang lagi yang rayuan pengampunannya sudah ditolak menunggu untuk digantung.

Tali gantung ini pula diimport dari United Kingdom. Tali ini disalut baldu supaya tidak menyakitkan penjenayah. Kilangnya di Hay-on-Wye, di sempada England dan Wales. Pengeluarannya bertambah rumit kerana pengeluarnya  telah menyatakan tentangan terhadap hukuman gantung, kerana ribuan tali buatannya telah tidak mengurangkan jenayah di dunia ini.

Sanusi junid  melawat Penjara Pudu semula setelah kembali dari Britain mencari tali.

‘ Bila mahu gantung aku?’ tanya Botak Chin.

‘Sabarlah, belum ada tali’ balas Sanusi.

‘Kalau tak ada tali, gantung aku pakai wayar sahaja la ‘ Botak Chin mencadangkan.

‘Kami  tunggu tali gantung yang special, yang disalut dengan baldu, nanti bila leher terjerut, kuranglah sakitnya,’ jelas Sanusi.

Mana lu tahu sakit kah tak sakit kah… yang sudah mati kena gantung ada cakap sama lu?‘ tanya Botak Chin.

Betul juga. Tak pernah pula banduan yang telah dihukum gantung bangkit dari kubur memberitahu  sakit atau tidak tali baldu yang menjerut mereka. Kesemua mereka menemui ajal sejurus selepas digantung.

Walaupun terpaku dengan soalan Botak Chin itu tapi kebenaran Botak chin tak dapat disangkal.

Akirnya pihak penjara telah menukar tali gantung dari yang bersalut baldu dengan yang dianyam dari plastik yang dipakai sekarang.

Kerana ajaran seorang pencuri, masa dan wang kerajaan dapat diselamatkan.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: