ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Cerita Billionaire Muda Top @ Ittipat: Degil & Pantang Menyerah

Posted by kurator on October 20, 2012

Kisah ini diinspirasikan daripada filem ‘Top Secret- The Billionaire’ yang ditonton secara tak sengaja di Channel 953 Astro.

Gila tak gila, Top @ Ittipat, pengasas syarikat Tao Kae Noi bergelar jutawan pada usia yang sangat muda iaitu 19 tahun.

Pengalaman awalnya dalam bidang perniagaan adalah sewaktu di bangku sekolah melalui penjualan item2 senjata dari game online. Daripada seorang penagih game yang kronik, dia menjadi usahawan berjaya. Melalui bisnes ini, Top meraih 1 juta Baht dan mengejutkan keluarganya dengan membeli sebuah kereta  berharga 600 Ribu Baht secara tunai. Disinilah Top mula yakin dengan bidang perniagaan.

Top sebenar

Top Ittipat

Top mula memikirkan bisnes yang baru. Dia memulakan perniagaan DVD Player. Setelah membeli beribu  unit DVD Player, Top baru menyedari kesemua DVD Player yang dibelinya adalah cetak rompak. Malang baginya, no money back guarantee dan pelaburannya hangus. Akibatnya, teruk dia dimarahi keluarga.

Keluarganya mula mendesak Top agar menumpukan pelajaran dan berfikir untuk melanjutkan pelajaran ke universiti namun Top degil dan ingin memulakan perniagaan lain. Tersesat ke sebuah expo perniagaan, tanpa berfikir panjang, terus disewa mesin memproses kacang berangan (chestnut) dan perniagaan chestnutnya bermula di sebuah pasaraya. Ilmu memprosesnya dikutip dari penjaja chestnut di Chinatown.

Bisnes chestnutnya bermula agak lembap, namun sesuatu dipelajarinya. Antara faktor penting bagi sebuah bisnes ialah: LOKASI. Lokasi tapak jualan diubah, lalu untungnya berganda. Tanpa berfikir panjang, terus dibuka cawangan ke-dua.

Malangnya, pihak pasaraya enggan meneruskan kontraknya kerana mesin memproses chestnutnya mengotorkan siling pasaraya. Bisnes chestnutnya berakhir.

Pada masa yang sama, keluarganya mengalami krisis ekonomi. Bisnes bapanya bermasalah dan hampir muflis dengan hutang 40 juta Baht. Ingin menyedarkan Top bahawa dunia perniagaan bukanlah mudah, bapanya berkeras agar Top ke universiti.

Top enggan mengalah. Walaupun keluarganya berpindah ke China dan memulakan hidup baru, Top meneruskan survivalnya dalam bidang perniagaan dan tidak mahu bersama mereka. Dia terus tinggal di rumahnya yang disita oleh bank.

Dalam situasi yang memeningkan ini, Top ditenangkan oleh kekasihnya. Kekasihnya percaya nasib Top akan berubah jika dia ke universiti. Top dipaksa berjanji untuk melanjutkan pelajarannya.

Satu ketika sewaktu mereka bersama, Top diperkenalkan dengan kerepek rumpai laut yang sedap. Kerana sedapnya kerepek itu, Top mula mencuba untuk menghasilkan kerepek rumpai lautnya sendiri.

Tanpa berfikir panjang, berkotak-kotak rumpai laut dibelinya. Dengan bantuan pakciknya, mereka cuba menggorengnya satu demi satu. Namun, eksperimen mereka gagal. Resepi yang tepat tidak juga ditemui. Wang yang ada juga hampir habis dilaburkan demi menampung projek ini.

Tetapi takdir masih bersama Top. Tanpa disangka2, resepi rahsia ditemui sewaktu pakciknya dimasukkan ke hospital. Kerepek rumpai laut yang sedap berjaya dihasilkan.

Namun Top masih perlu memikirkan cara untuk membuatkan produknya tahan lama. Terdesak untuk mempelajari kaedah yang sesuai, Top terus bertemu pensyarah dalam bidang food engineering. Dari situlah Top belajar teknik pembungkusan vakuum.

Dalam keadaan bergelut untuk menjayakan projeknya, Top berada di dalam dilema apabia kekasihnya terus menerus memujuknya agar meneruskan pelajaran ke universiti. Tersepit di antara dua pilihan, Top memilih perniagaannya dan terpaksa menggadaikan cintanya. Bagi Top, bisnes inilah satu-satunya harapan untuk membantu kehidupannya.

Setelah produknya berjaya dihasilkan ia mula dipasarkan ke pasaraya secara kecil-kecilan. Sambutannya memberangsangkan. namun ia masih belum cukup. Top inginkan sesuatu yang besar.

Daripada kuliah berkenaan Strategi Hutan yang didengarinya, secara tiba-tiba dia mendapat ilham untuk memasarkan barangannya ke 7-Eleven.

Produknya dibawa ke 7-Eleven. Cubaan pertamanya gagal. Produknya tidak mematuhi kriteria yang dikehendaki. Pembungkusan yang cantik, Saiz yang kecil dan Harga yang murah.

Terdesak lagi, Top bertemu designer untuk pembungkusan makanan. Prototaip yang lebih kemas dan memenuhi piawaian dihasilkan.

Sekali lagi Top ke 7-Eleven. Kali ini, produknya berjaya diterima setelah menghadapi pelbagai cubaan. Menyangkakan Top memiliki kilang sendiri, dua syarat dikemukakan: 1) Produknya perlulah memenuhi keperluan 3,000 cawangan 7-Eleven di seluruh Thailand & 2) Kilangnya perlu memenuhi piawaian GMP ( Good Manufacturing Production)

Top terus menyatakan kesanggupannya sekalipun produknya hanya dihasilkan di rumah dan pakciknyalah satu2nya pekerja yang dimiliki.

Dia ke bank memohon pinjaman. Kerana usianya hanya 19 tahun, permohonannya ditolak. Hampir-hampir dia berputus asa. Dia merasakan mungkin inilah waktu yang sesuai berpindah ke China.

Tetapi Top bangkit kembali. Dengan saki-baki harta yang tinggal, dia nekad mengubah suai kilang bapanya yang turut disita bank dan mengupah beberapa orang pekerja dengan memberikan wang muka 50% terlebih dahulu.

7-Eleven membenarkan produknya dipasarkan setelah standard piawaian dipatuhi. Tetapi, sewaktu hari penghantaran, dia hampir-hampir kehilangan peluang kerana terlewat sejam dari jadual. Tuhan masih bersamanya. Produknya berjaya dipasarkan ke seluruh Thailand.

Kini, Top boleh berbangga dengan pencapaiannya. Hutang keluarganya 40 Juta Baht langsai dalam tempoh 2 tahun. Produknya dijual di 27 buah negara, dengan 2500 pekerja dan jualan 1 Billion Baht setahun. Kau ada?

Jangan mengalah atau hilang semangat walau apapun terjadi. Jika kita menyerah, segalanya akan berakhir” – Top Ittipat

kerepek jutawan

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: