ARKIB CERITA

Ketahuilah Bahawa Semua Yang Berlaku Adalah Ketetapan oleh ALLAH SWT. Maka Carilah Redha Allah SWT.

Datuk Seri Dr Rusli Zaman: Mula jual kad tambah nilai, akhirnya jadi jutawan muda

Posted by kurator on June 17, 2012

ko_03.1

Dalam dunia korporat tempatan, ramai anak Melayu yang berjaya tetapi kurang yang mahu menonjolkan dirinya termasuklah Datuk Seri Dr. Rusli Zaman.

Malah ramai yang tidak mempercayai bahawa anak muda yang berusia di awal 30 tahun ini, telah bergelar Datuk Seri dan merupakan antara hartawan muda yang dikenali di luar negara.

Namun, kejayaan bukan milik semua orang kecuali mereka yang benar-benar mencarinya termasuk Rusli yang kini merupakan Pengerusi Eksekutif bagi Dubaiz Group of Companies, syarikat yang kini bergiat dalam bidang hartanah selepas terlibat dalam kegiatan pengeksportan produk halal ke negara-negara Timur Tengah.

Menyingkap kembali sejarah kejayaannya, Rusli sendiri tidak menyangka perniagaan yang dimulakan secara kecil-kecilan sebagai penjual kad nilai tambah untuk telefon bimbit sewaktu zaman remajanya menjadi titik tolak pencapaian yang besar pada hari ini.

Beliau berkata, dengan modal RM50,000 yang dipinjamkan oleh seorang individu tetapi enggan dinamakan, Rusli berjaya menguasai pasaran kad nilai tambah di beberapa daerah di Kelantan kira-kira lebih 10 tahun lalu.

Beliau berkata, dengan keuntungan sebanyak RM1 bagi setiap kad nilai tambah yang dijual, dijadikan modal untuk membuka syarikat kelas F dengan menumpukan projek pengubahsuaian pejabat.

‘‘Biarpun memiliki projek kecil-kecilan ini, saya tetap tidak berpuas hati kerana saya mempunyai impian untuk menjadi orang kaya. Saya suka membaca kehidupan orang kaya dan selalu menganyam impian menjadi orang kaya.

‘‘Segala-galanya kerana kehidupan keluarga saya yang susah. Oleh sebab itu, sejak muda lagi saya selalu berangan untuk memiliki gelaran Datuk seperti ahli perniagaan berjaya di Malaysia,” kata Rusli sambil ketawa.

Beliau berkata bersandarkan semangat mahu menjadi kaya, anak kelahiran Kelantan ini memberanikan diri meminta bantuan Kementerian Perdagangan Antarabangsa dan Industri untuk menjalankan perniagaan mengeskport produk halal di Timur Tengah.

Rusli berkata, pada usia 26 tahun, beliau telah berjaya menjalankan perniagaan di Abu Dhabi, Jordan, Dubai, Bahrain dan Arab Saudi, meskipun terpaksa berhadapan dengan pelbagai risiko dan rintangan.

Beliau yang fasih berbahasa Arab sejak kecil lagi mengakui menjalankan urus niaga dengan bangsa Arab bukan mudah kerana mereka begitu licik dalam membuat sebarang perhitungan untuk mengaut keuntungan besar.

Namun, Rusli juga mengakui berniaga dengan orang Arab yang mencabar mendorong beliau mengintai peluang dalam perniagaan hartanah di negara sendiri dengan menjadi projek perumahan di Kelantan dan Selangor sebagai pertaruhan pertamanya.

‘‘Di Kelantan, Dubaiz terlibat dalam pembinaan projek banglo di Kuala Krai dan di Selangor pula di Paya Jaras,” ujarnya.

Rusli terus melebarkan langkahnya dalam projek hartanah dengan menjadikan projek pembangunan Bistari di Jasin, Melaka untuk mengukuhkan nama Dubaiz Group of Companies dalam sektor hartanah negara.

‘‘Projek pembangunan ala Putrajaya ini akan menjadi pemangkin kepada Dubaiz untuk berada di sebaris dengan nama-nama syarikat hartanah milik bumiputera,” katanya.

Sambil mengakui mengagumi dengan keupayaan Tan Sri Mustapha Kamal, pemilik MK Land Holdings Bhd., Rusli percaya syarikatnya mampu mencipta kejayaan seperti syarikat-syarikat hartanah yang lain.

Ditanya apakah kelebihan memegang status ‘orang kaya’ dan gelaran ‘Datuk’ pada usia muda, Rusli berkata, dia sendiri sebenarnya tidak menyangka berjaya mampu menempuh perjalanan yang sukar untuk berada di tahap sekarang.

Meskipun mampu merealisasi semua impian tetapi Rusli mengakui beliau kehilangan keindahan menempuh zaman remaja seperti orang lain kerana terlalu sibuk mengejar impian.

‘‘Walaupun terkilan sedikit, saya masih berbangga kerana berjaya mengubah diri sendiri dari zero to hero,” kata beliau lagi.

Artikel Penuh: http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2011&dt=0611&pub=Utusan_Malaysia&sec=Korporat&pg=ko_03.htm#ixzz2WRGF0sDK

3 Responses to “Datuk Seri Dr Rusli Zaman: Mula jual kad tambah nilai, akhirnya jadi jutawan muda”

  1. MOHAMAD AZLAN said

    ASSALAM…SAYA IALAH MOHAMAD AZLAN SEPERTI YANG DIKONGSIKAN DALAM ARTIKEL DIATAS….SMOGA KITA SEMUA MNDAPAT PERKONGSIAN ILMU YG BERMANFAAT…BOLEH HUBUNGI SAYA DI TEL 0132445006 INSYLH

  2. MOHAMAD AZLAN said

    SAYA IALAH MOHAMAD AZLAN SEPERTI YG DIKONGSIKAN ARTIKEL DIATS..MUDAH MUDAHAN ALLAH LIMPAHKAN KURNIA INSYLH PADA SEMUA…0132445006

  3. kurator said

    Assalam ‘alaikum Tuan Mohamad Azlan.

    Saya ucapkan jutaan terima kasih atas kunjungan.
    Kisah tuan saya nukilkan sebagai perkongsian, terutamanya kepada mereka yang dalam kesempitan, kesukaran dan dibelenggu pelbagai masalah kehidupan, agar mereka tidak lekas putus asa, walau sekuat mana dihimpit tekanan dan disekat aral yang melintang.
    Terima kasih atas inspirasi tuan.

    Wassalam.
    Ikhlas,
    Razi Ahmad

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

 
%d bloggers like this: